SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

SUKE TV BEKERJASAMA DENGAN MRANTI NEXUS PACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN

SUKE TV BEKERJASAMA DENGAN MRANTI NEXUS PACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 8, 2022
in Hiburan, Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
373
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rangkaian siaran tempatan SUKE TV hari ini memeterai memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam memperkasakan bidang perniagaan tempatan.

Majlis pemeteraian memorandum itu telah dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato’ AC Mizal; Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta pihak pengurusan kedua-dua pihak.

(Dari kiri) Dzuleira Abu Bakar, Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida ketika majlis berlangsung

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak adalah untuk menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

SUKE TV mengambil inisiatif mencipta sebuah platform yang memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi sekaligus meningkatkan kesedaran jenama tempatan dan mengekalkan pelanggan melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh rangkaian tersebut.

Melalui idea unik oleh SUKE TV yang membawa pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan melalui saluran televisyen, peniaga tempatan kini mempunyai akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk mereka.

Gimik pemeteraian memorandum perjanjian antara SUKE TV dan MRANTI Nexus

Dato’ AC Mizal menzahirkan rasa gembira beliau terhadap kerjasama yang dijalin kedua-dua pihak ketika majlis pemeteraian memorandum tersebut berlangsung dan beliau juga berkata bahawa kerjasama ini merupakan satu permulaan untuk pertumbuhan ekonomi yang eksponen terutamya kepada perniagaan tempatan.

“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juuga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industry yang me3miliki kepakaran dan kemudahan dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai hari ini,” tambahnya.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus turut menzahirkan keyakinan beliau terhadap kerjasama dengan organisasi yang inovatif seperti SUKE TV bagi menambah baik sektor perniagaan tempatan.

“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak’ melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan ianya lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan. Kami percaya lebih ramai innovator dan usahawan tempatan akan mendapat  manfaat daripada platform SUKE TV untuk menjangkau pasaran yang lebih luas melalui kerjasama ini,” kata beliau.

Dato’ AC Mizal dan Muhamad Husni Md Zain berucap ketika majlis pemeteraian memorandum perjanjian antara SUKE TV dan MRANTI Nexus berlangsung hari ini

SUKE TV merupakan sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato’ AC Mizal yang membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan melalui hiburan dan ganjaran bertaraf dunia.

MRANTI Nexus pula merupakan entiti bersepadu dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) yang menawarkan sokongan teknologi, kemudahan dan perkhidmatan dalam pembangunan produk dan bio-pemprosesan produk suplemen kesihatan yang inovatif.

ShareTweetPin
Previous Post

SERAMAI 315 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI 2 PPS, TERIMA BANTUAN TUNAI DARIPADA YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN HARI INI

Next Post

NEGARA BERALIH ‘FASA PERALIHAN KE ENDEMIK’ BERMULA 1 APRIL INI

Next Post
NEGARA BERALIH ‘FASA PERALIHAN KE ENDEMIK’ BERMULA 1 APRIL INI

NEGARA BERALIH ‘FASA PERALIHAN KE ENDEMIK’ BERMULA 1 APRIL INI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist