KUALA LUMPUR – Mangsa banjir yang berada di dua (2) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hari ini menerima bantuan tunai daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
Penyerahan bantuan tunai kepada mangsa banjir tersebut dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Zaizalnizam Zainun bersama-sama MPP di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan PPS (SJKT) Sarawathy, Lembah Pantai.

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sebelum itu juga turut melaksanakan serahan makan malam kepada mangsa banjir di PPS Dewan Sultan Sulaiman. Serahan tersebut telah dilaksanakan oleh YBhg. Datuk Zaizalnizam Zainun pada malam semalam (7 Mac).

Sementara itu, seramai 315 mangsa banjir telah ditempatkan di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman dan PPS (SJKT) Sarawathy sehingga kini susulan banjir kilat yang melanda Ibu Kota pada semalam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kesemua mangsa banjir tersebut terdiri daripada 93 keluarga.
“Setakat ini terdapat 109 mangsa banjir dari 47 keluarga terdiri daripada penduduk Kampung Periuk dan Jalan Raja Bot, ditempatkan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman.
“Manga banjir di Kampung Pasir, Pantai Dalam, yang ditempatkan di PPS SJKT Sarawathy terdiri daripada 206 mangsa yang terdiri daripada 46 keluarga”, katanya.