Dari Kiri: Encik Teo Tee Seng (Pengarah Urusan Behn Meyer Agricare (M) Sdn Bhd), Mario Bin Valeriano (Pengarah IADA Barat Laut Selangor, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim, (Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor), Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Pengerusi Eksekutif, Briar Resources Sdn Bhd), En. Wayne Lai Soon Wei (Ketua Pegawai Eksekutif Briar Resources Sdn Bhd).
Sabak Bernam, 3 Mei – Briar Resources Sdn. Bhd. dengan kerjasama rakan teknologi Behn Meyer dari Jerman, melancaran produk dan teknologi terbaharu mereka, B.A.S.E. (Biological Agro Solution for Enhanced-yield), sebuah inovasi tempatan yang menggabungkan baja berteknologi tinggi dan formulasi agronomi moden bagi meningkatkan hasil pertanian negara dengan prinsip slogan Advance, Sustainabel & Excelance.
Direka khusus untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis tanah di Malaysia, teknologi B.A.S.E. telah dibuktikan berkesan melalui projek rintis yang dilaksanakan di Sungai Leman, Sekinchan, bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil tanaman padi secara signifikan malah mencapai kemampanan konsep ESG.
“B.A.S.E. bukan sekadar produk, ia adalah teknologi pertanian bersepadu yang mengutamakan keberkesanan, kelestarian dan kesejahteraan petani,” kata Pengerusi Eksekutif, Briar Resources Sdn. Bhd. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Jelasnya lagi, dengan aplikasi mudah melalui dron, blower atau secara manual, serta formula yang disesuaikan mengikut data tanah sebenar, Briar Resources Sdn. Bhd. percaya ia akan mengubah landskap pertanian tempatan. Kajian teknologi B.A.S.E ini dijalankan bersama MPOB selama 15 tahun sebelum di berikan.
Briar Resources Sdn. Bhd. telah menerima dan mengadoptasi teknologi dari Behn Meyer dan berkerjasama bersama MPOB bagi mnghasilkan teknologi tempatan ini. Teknologi ini telah pun meraih pengiktirafan antarabangsa melalui Gold Medel & Best Green Invention Award melalui ITEX 2024, sekaligus mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai peneraju inovasi & teknologi pertanian selepas mendapat kelulusan pematuhan piawaian oleh agensi teknikal kerajaan termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Pertanian (DOA), dan Lembaga Pengurusan Dan Pembangunan (IADA).
Sebagai pelengkap kepada teknologi pintar, sistem e-TRACE, platform digital yang dilengkapi kod QR unik membolehkan pengguna mengesahkan ketulenan produk, menjejak lokasi penggunaan, serta menyokong pelaksanaan subsidi yang lebih telus dan berasaskan data sebenar malah turut berpotensi disepadukan bersama sistem Agrobank bagi ganjaran subsidi padi yang lebih cekap.
Pelancaran ini turut menyokong peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sejajar dengan agenda sekuriti makanan serantau serta mencerminkan kejayaan model kerjasama awam-swasta, dengan teknologi antarabangsa dipindahkan dan disesuaikan menjadi inovasi tempatan.
Produk ini adalah pelengkap kepada permintaan beras yang semakin meningkat yang merupakan makanan ruji utama rakyat Malaysia dan memainkan peranan kritikal dalam menjamin keselamatan makanan negara.
Ia didorong oleh peratusan kadar sara diri (SSR) beras negara yang mencatat penurunan daripada 65% pada tahun 2021 kepada hanya 56.2% pada tahun 2023 mengakibatkan Malaysia bergantung kepada beras import untuk memenuhi permintaan dan keperluan mendesak pengguna terhadap pengeluaran beras tempatan.
Sehubungan itu, bagi merealisasikan sasaran kerajaan untuk meningkatkan SSR kepada 75% menjelang 2025 dan 80% menjelang 2030, Briar Resources komited untuk membantu meningkatkan pengeluaran beras negara serta menyokong kelestarian dan keterjaminan rantaian bekalan makanan negara.
Ia terbukti berkesan apabila produk B.A.S.E ini berjaya meningkatkan pengeluaran daripada 4.8 kepada 6.08 metrik tan setiap hektar menjadikan kenaikan 1.28 metrik tan setiap hektar atau kenaikan hasil kepada 26.67 peratus, hasil daripada projek rintis yang dijalankan di beberapa kawasan sawah padi di Sungai Leman, Sekinchan, Pendang, Kedah, Pekan, Pahang dan Terachi, Negeri Sembilan.