PUTRAJAYA – 16 lagi kes kematian baharu membabitkan wabak COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi , termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) .
Melalui laman sesawang COVIDNOW , penambahan angka kematian semalam telah menyumbang kepada 31,918 kes kematian akibat COVID-10 di negara ini , dengan bilangan untuk kematian BID ialah sebanyak 6,432 .
Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang direkodkan dalam laman sesawang GitHUb , enam jenazah daripada kes kematian semalam , direkodkan di Selangor , tiga kematian di Sabah , masing-masing dua kes kematian di Johor , Perak dan Kuala Lumpur serta satu kematian dilaporkan di Pahang .
Bukan itu sahaja , sebanyak 45,699 kes aktif turut direkodkan setakat tengah malam tadi , di mana pecahannya ; sebahagian besar daripada kes itu iaitu 38,545 kes menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing , 4,188 pesakit mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan dan Kuarantin (PKRC) , manakala 2,835 pesakit selebihnya menerima rawatan di hospital .
Manakala untuk laporan pemberian vaksin COVID-19 , sebanyak 213,226 dos telah diberikan semalam , membabitkan 208,377 dos penggalak ; 2,169 dos pertama dan sebanyak 2,680 dos kedua .
Sehingga kini , populasi dewasa yang sudah lengkap vaksin COVID-19 telah mencapai sebanyak 97.9 peratus , manakala bagi golongan remaja sudah divaksinasi sepenuhnya yang berusia 12 hingga 17 tahun sudah mencapai 88.4 peratus , semalam .