Kenyataan media dari Istana Negara pada harI ini 29hb Julai 2021 yang isi kandung di dalamnya yang menyatakan Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26hb Julai 2021 lalu, bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.
Sei Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan di persetujui terdahulu dengan Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-undang) dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus bin Harun,Peguam Negara semasa majlis mengadap secara maya pada 24hb Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksankan.
Sehubungan dengan itu Seri Paduka baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26hb JUlai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ah;i -Ahli Dewan Rakyat.
Dengan kenyataan media dari Istana Negara itu menyebabkan Parlimen berhenti seketika untuk di bincangkan supaya keputusan boleh diputuskan selepas pihak Parlimen bermesyuarat.
Apa dah jadi dengan politik Malaysia ni.. aduh