SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Politik

PRN SARAWAK: SPR TETAPKAN 6 DISEMBER TARIKH PENAMAAN CALON, 12 DISEMBER TARIKH PENGUNDIAN

PRN SARAWAK: SPR TETAPKAN 6 DISEMBER TARIKH PENAMAAN CALON, 12 DISEMBER TARIKH PENGUNDIAN

Asraf Zin by Asraf Zin
November 24, 2021
in Politik
Reading Time: 1 min read
A A
0
Sumber Foto: TheStar

Sumber Foto: TheStar

24
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember dan hari pengundian awal pula ialah pada 14 Disember.

Hal ini membolehkan tempoh berkempen berjalan selama 12 hari sejurus saja pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Suruhanjaya PRN menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung pembubaran DUN Sarawak yang ke-11 pada 5 November dan mengadakan mesyuarat khas pada hari ini untuk menetapkan satu PRN Sarawak perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 82 kerusi DUN berkenaan.

Beliau pada sidang media di sini hari ini turut beranggapan PRN Sarawak ke-12 bakal menelan perbelanjaan sebanyak RM150 juta.

Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan pada pilihan raya tersebut.

Dalam pada itu, sebanyak 1,951 buah premis akan digunakan sebagai pusat mengundi yang melibatkan 3,666 saluran mengundi. Daripada jumlah tersebut, 1,866 adalah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 saluran.

“Selain itu, sebanyak 85 pusat mengundi awal melibatkan 111 saluran mengundi awal akan digunakan.”

“Pada hari pengundian, 346 pusat mengundi akan dibuka bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang manakala baki 1,520 pusat mengundi akan dibuka mengikut masa yang telah diwartakan,” ujarnya lagi.

Manakala bagi pusat mengundi awal, 11 buah pusat mengundi akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 20 pusat mengundi dari jam 8 pagi hingga 2 petang dan baki 54 buah pusat mengundi awal akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Datuk Abdul Ghani turut mengatakan seramai 1,252,014 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2021 yang dikemas kini sehingga 2 November.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibubarkan pada 3 November lalu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak.

ShareTweetPin
Previous Post

BANTUAN KEWANGAN RM61 JUTA UNTUK PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN

Next Post

BAYARAN FASA 2 BKC AKAN BERMULA KHAMIS INI

Next Post
BAYARAN FASA 2 BKC AKAN BERMULA KHAMIS INI

BAYARAN FASA 2 BKC AKAN BERMULA KHAMIS INI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist