KEPUTUSAN MESYUARAT AHLI PERBADANAN FINAS BIL. 8/2021
Petaling Jaya, 13 Ogos 2021 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
ingin memaklumkan akan keputusan-keputusan penting yang diambil melalui Mesyuarat Ahli
Perbadanan FINAS Bil. 8/2021 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Norman Abdul
Halim, Timbalan Pengerusi FINAS. Keputusan-keputusan adalah seperti berikut:
I. Ahli Perbadanan FINAS mengambil maklum akan kerjasama FINAS dengan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam melaksanakan
Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) FINAS kepada penggiat industri kreatif.
Justeru FINAS menzahirkan penghargaan dan merakamkan ucapan terima kasih
kepada YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan atas keprihatinan dan komitmen dalam usaha membantu mempercepatkan
proses pemberian vaksin kepada penggiat industri kreatif secara khususnya sekaligus
dapat menggerakkan semula kelangsungan ekonomi sektor industri kreatif.
II. Sehubungan itu, FINAS ingin memaklumkan kepada penggiat industri kreatif untuk
membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 melalui Porgram
MOVAC FINAS seperti butiran berikut:
1. Pendaftaran bagi Program MOVAK FINAS hanya tertakluk kepada penggiat
industri kreatif yang masih belum menerima sebarang janji temu vaksinasi
COVID-19 sehingga 25 Ogos 2021.
2. Permohonan adalah berdasarkan kaedah ‘first come first serve’ dan
bergantung kepada jumlah vaksin yang tersedia.
3. Pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 17 Ogos 2021 (Selasa)
menerusi pautan https://forms.office.com/r/wVbdm9rTYL.
UNTUK EDARAN SEGERA
FINAS akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium
hebahan media dan laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my serta media sosial rasmi
Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia. Sebarang pertanyaan dan maklumat
lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan FINAS menerusi talian 03-41041300
atau emel di info@finas.my.
Unit Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)