SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

TIADA LAGI SARINGAN COVID-19 DIKENAKAN KEPADA PELAWAT LENGKAP VAKSIN YANG INGIN KE SABAH

TIADA LAGI SARINGAN COVID-19 DIKENAKAN KEPADA PELAWAT LENGKAP VAKSIN YANG INGIN KE SABAH

Asraf Zin by Asraf Zin
November 20, 2021
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
34
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 ke negeri itu tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuat kuasa 1 Disember ini.

Kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri ke Sabah itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Sabah juga sudah bersedia menerima kemasukan pelancong antarabangsa sejurus Kerajaan Pusat membuka semula sempadan negara bermula tahun depan.

“Sehingga November 2021, sebanyak 266 penerbangan mingguan beroperasi ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan dan Sarawak dengan 43,000 kapasiti tempat duduk.

“Bagi penerbangan dalam negeri Sabah pula, sebanyak 123 penerbangan mingguan beroperasi ketika ini dengan kapasiti 16,720 tempat duduk menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya dalam kenyataan selepas pelancaran pameran pelancongan Sabah sempena MATTA Fair yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif; Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang.

Kerajaan negeri sebelum ini mewajibkan kemasukan pengunjung dari Semenanjung dan Sarawak menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan walaupun sudah lengkap vaksin.

Sementara itu, Sabah mengambil bahagian secara besar-besaran dalam pameran pelancongan MATTA Fair kali ini dengan 12 gerai pameran bagi mempromosikan produk pelancongan Sabah sejajar pemilihan negeri itu sebagai Destinasi Pilihan Malaysia oleh MATTA untuk kali ketiga selepas 2015, 2019.

Hajiji berkata, Sabah tidak menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan penginapan pelancong, malah tambahan 3,506 bilik hotel dijangka meningkatkan lagi kapasiti sedia ada dengan pembukaan sebanyak 11 hotel baharu pada tahun depan.

Pada masa sama, katanya kerajaan negeri turut melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi memperbaiki promosi pelancongan, termasuk menukar pasaran ketika pandemik COVID-19.

Katanya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bekerjasama dengan pemain industri untuk melaksanakan ekspo pengembaraan, promosi dan latihan mengenai perkembangan destinasi pelancongan.

“Ini termasuk mewujudkan semula keyakinan pelancongan dan perdagangan melalui dengan negara seperti China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki.

“STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka mewujudkan semula penerbangan terus untuk pengembara domestik dan antarabangsa,” katanya.

Sektor pelancongan menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi negeri itu dan digariskan sebagai antara sektor utama yang akan dibangunkan melalui Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebelum pandemik COVID-19, sektor pelancongan Sabah merekodkan ketibaan 4.1 juta pelancong dengan perolehan RM8.342 bilion dan RM12 juta cukai pelancongan pada 2019.

SUMBER: BHarian

ShareTweetPin
Previous Post

PRN MELAKA: TELEFON BIMBIT TIGA CALON PAKATAN HARAPAN DIGODAM

Next Post

PROGRAM KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA HOGOH BERA 2021 ERATKAN PENDUDUK SETEMPAT

Next Post

PROGRAM KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA HOGOH BERA 2021 ERATKAN PENDUDUK SETEMPAT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist