SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

PROGRAM KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA HOGOH BERA 2021 ERATKAN PENDUDUK SETEMPAT

PROGRAM KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA HOGOH BERA 2021 ERATKAN PENDUDUK SETEMPAT

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
February 10, 2022
in Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
98
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PAHANG – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menganjurkan sebuah program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) iaitu Program Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera 2021 , bermula pada 20 dan 21 November 2021 , bertempat di Felda Kumai , Triang , Bera .

Program yang juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Wau dan Layang-Layang Pahang (PELAYANG) , Tourism Pahang dan Felda Kumai , Triang , Bera merupakan satu program sentuhan komuniti yang bertujuan mengangkat , menerap serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat , khususnya Keluarga Malaysia di kawasan Bera .

Bukan itu sahaja , ia juga salah satu cara kerajaan untuk mempromosikan produk-produk usahawan seni dan budaya yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh komuniti setempat di bawah industri pelancongan budaya .

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob , Perdana Menteri berkata , MOTAC melalui semua agensinya harus memastikan usaha yang lebih agresif dapat dijalankan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan segmen pelancongan budaya , ketika memberi ucapan penutup program itu .

Bagi mempromosikan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya memandangkan negara kita mempunyai berbilang kaum dan juga bahasa , satu pendekatan yang baharu dan juga kreatif perlu diberi keutamaan sebagai elemen utama produk pelancongan untuk menjayakan usaha ini .

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Penggiat Seni Pahang kepada 22 orang pemain industri yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 , dalam majlis yang sama . Antara bantuan tersebut ialah pemberian bantuan Insentif Seni kepada 9 buah persatuan seni budaya , melibatkan peruntukan sebanyak RM 71,900.00 , Anugerah Penggiat Seni kepada 5 orang penerima terpilih serta Anugerah Seni kepada Roslan Madun yang merupakan Maestro Syair Nusantara .

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut hadir menjayakan program ini . Beliau menyatakan , program ini diadakan secara pendekatan turun padang oleh agensi-agensi kerajaan bagi mendekatkan diri kepada masyarakat melalui penglibatan komuniti di peringkat akar umbi.

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang dua hari program tersebut berlangsung ialah jualan produk usahawan seni budaya , pertandingan sukan rakyat , kenduri rakyat , pertandingan masakan tradisi , demonstrasi permainan dan pembuatan Wau Pungguk , serta pertandingan pencarian bakat yang menerapkan elemen Keluarga Malaysia diaspirasikan oleh YAB Perdana Menteri .

ShareTweetPin
Previous Post

TIADA LAGI SARINGAN COVID-19 DIKENAKAN KEPADA PELAWAT LENGKAP VAKSIN YANG INGIN KE SABAH

Next Post

PERUNTUKAN RM1 BILION BASMI KELUARGA MISKIN TEGAR

Next Post
PERUNTUKAN RM1 BILION BASMI KELUARGA MISKIN TEGAR

PERUNTUKAN RM1 BILION BASMI KELUARGA MISKIN TEGAR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist