SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PELUANG UNTUK MENERIMA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2022 KINI DIBUKA SEHINGGA 22 FEBRUARI 2022

PELUANG UNTUK MENERIMA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2022 KINI DIBUKA SEHINGGA 22 FEBRUARI 2022

Asraf Zin by Asraf Zin
January 20, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
64
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2022.

Menurut kenyataan daripada JPA, permohonan BYDPA 2022 tersebut telah dibuka untuk pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah di dalam dan luar negara bagi bidang pengajian Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam sehingga tarikh tamat permohonan iaitu pada 22 Februari 2022.

Pemohon kini boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

“Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada secara serahan tangan atau pos,” menurut kenyataan itu.

JPA menerusi kenyataan turut memaklumkan syarat permohonan yang dikenakan adalah mereka yang berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.

Malah, calon yang ingin memohon juga perlu mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.

Selain itu, syarat kelayakan yang lain adalah telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian sepenuh masa pada tahun penawaran di Institusi Pengajian Tinggi yang disenaraikan oleh JPA megikut bidang pengajian.

“Calon yang ingin memohon juga perlu mempunyai rekod penglibatan secara aktif dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi yang akan memberi kelebihan pada calon Sarjana, manakala bagi calon Ph.D ia adalah diwajibkan,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai penawaran ini boleh didapati dengan malayari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 / 3438 / 3371 / 3571 (pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau menerusi e-mel kepada penawarandp@jpa.gov.my.

ShareTweetPin
Previous Post

3 KLUSTER BAHARU INSTITUSI PENDIDIKAN DI KEDAH DIREKODKAN , HARI INI

Next Post

KEKAYAAN DAN KEPELBAGAIAN MUZIK MALAYSIA DIHIMPUN DALAM ANTOLOGI MALAYSIAN REAL BOOK

Next Post

KEKAYAAN DAN KEPELBAGAIAN MUZIK MALAYSIA DIHIMPUN DALAM ANTOLOGI MALAYSIAN REAL BOOK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist