
Kelang 28hb July 2026-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Laluan LRT Shah Alam (LRT3) secara rasmi di Depoh Johan Setia pada 28 Jun 2026 . Laluan sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia ini mula beroperasi kepada orang ramai pada 6 pagi, 29 Jun 2026
- Tarikh Pembukaan: 29 Jun 2026
- Tambang: Percuma untuk semua penumpang selama sebulan sehingga 31 Julai 2026
- Stesen: 20 stesen yang merentasi kawasan Bandar Utama, Shah Alam, dan Klang
- Masa Operasi: Bermula 6:00 pagi setiap hari

- Stesen Utama: Johan Setia, Klang, Stadium Shah Alam, Glenmarie, dan Bandar Utama .
- Pertembungan Rel: Membolehkan penumpang bertukar laluan dengan mudah ke perkhidmatan MRT Laluan Kajang di stesen Bandar Utama.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, stesen Sri Andalas, Kayu Ara, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia yang mempunyai kawasan luas untuk membangunkan pusat komersial atau perumahan mampu milik.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bercadang menambah lima lagi stesen LRT3 Laluan Shah Alam iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik dengan pembinaan dijangka bermula hujung tahun ini.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar dalam ucapan beliau mahu tanah milik Prasarana yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam dibangunkan sebagai projek perumahan rakyat menerusi konsep TOD.
Perdana Menteri berkata, pembangunan di kawasan strategik berhampiran perlu mengutamakan kemudahan parkir yang mencukupi serta ruang perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana.
Pendekatan itu dapat mengurangkan kos perjalanan rakyat dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, malah berpotensi menjana pulangan komersial yang lebih baik.


