SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

AWESOME TV ANGKAT TEMA ‘IKHLASKAN JIWA, DEKAT DENGANNYA’ SEMPENA RAMADHAN 2022

AWESOME TV ANGKAT TEMA ‘IKHLASKAN JIWA, DEKAT DENGANNYA’ SEMPENA RAMADHAN 2022

Asraf Zin by Asraf Zin
March 21, 2022
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
62
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2022: Saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air), Awesome TV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna iaitu ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan 2022.

Menerusi inspirasi tersebut, pengisian komprehensif sepanjang Ramadhan tahun ini dizahirkan dengan himpunan lebih 50 program menarik pelbagai genre serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat menerusi sebuah kolaborasi amal bersama syarikat korporat iaitu Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, penonton terlebih dahulu bakal dihidangkan dengan seleksi kandungan terhebat yang merangkumi genre keagamaan, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa, nashkah throwback klasik malar segar, sketsa, komedi, variasi, bual bicara serta banyak lagi bermula 3 April ini.

Dalam masa sama, Datin Ezzan menerusi kenyataan turut menyambut baik pengumuman peralihan fasa endemik bermula 1 April ini yang dilihat dapat memakmurkan semula tradisi sambutan bulan penuh barakah ini.

“Tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dipilih khas untuk nenerajui Kempen Ramadhan Awesome TV 2022 kerana ia membawa pengertian yang sungguh bermakna”, katanya.

Sementara itu, untuk slot ‘Filem Kita’ pada setiap hari Jumaat, 11:30 malam akan membawakan seleksi dilem tempatan seperti ‘7 Petala Cinta’, ‘Semerah Cinta Steletto’, ‘Syurga Cinta’ dan ‘Aku Terima Nikahnya’.

Manakala bagi waktu sahur pula, sajian kandungan menarik bakal menanti para penonton menerusi slot ‘Sahur Special’ pada setiap Sabtu, 4:00 pagi seperti ‘Si Badul’, ‘Tuan Badul’, ‘Driving School’, ‘Pagar-Pagar Cinta’ dan ‘Pening-Pening Lalat’,

Slot ‘Malar Segar’ yang setia menemani penonton pada setiap hari Sabtu jam 3:00 petang pula bakal membawakan filem-filem menarik lakonan Allahyarham Mr. Os iaitu ‘Adik’, ‘Mr. Os’, ‘Awang Spanar’, ‘Kembar Siam’ serta ‘Ghazali Untuk Rabiah’.

Misi Awesome TV untuk menjadi stesen ‘mood booster’ diteruskan dengan menyajikan filem-filem Bollywood menerusi slot ‘Hindi Special’ yang bersiaran setiap hari Sabtu jam 10:00 malam antaranya ‘Jash’, ‘Kaabil’, ‘Raaz’, ‘Shakti: The Power’, ‘Taalash’.

“Tidak ketinggalan juga tayangan seleksi filem antarabangsa seperti ‘Paddington 1 & 2’, ‘Fun With Dick And Jane’, ‘Real Genius’ menerusi slot ‘Awesome Movie’ yang bersiaran setiap hari Isnin, jam 10:00 malam”, katanya.

ShareTweetPin
Previous Post

PENERBANGAN TAKTIKAL ASET UDARA TUDM, RAKYAT SARAWAK DIMINTA UNTUK TIDAK PANIK

Next Post

SUKMA XX, MSN 2022 BAKAL DIANJURKAN PADA SEPTEMBER 2022

Next Post
SUKMA XX, MSN 2022 BAKAL DIANJURKAN PADA SEPTEMBER 2022

SUKMA XX, MSN 2022 BAKAL DIANJURKAN PADA SEPTEMBER 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist