SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

LAGU CINTA KITA MUSIM KE-3 DIBERI NAFAS BAHARU

LAGU CINTA KITA MUSIM KE-3 DIBERI NAFAS BAHARU

Asraf Zin by Asraf Zin
October 24, 2021
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas berjaya memperoleh kadar tontonan yang tinggi serta trending setiap minggu pada musim lepas, kini Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 kembali menemui penonton pada 31 Oktober 2021 di TV3.

Russell Mark Rodrigues, Pengurus Projek berkata Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 masih mengekalkan konsep yang sama seperti musim lepas namun terdapat sedikit perubahan dari segi tempoh masa.

“Untuk konsep dan format, ia tetap sama dengan musim lepas cuma bezanya terdapat perubahan sedikit daripada konten-konten dalam. Cabaran kita juga pada musim lepas adalah dua jam, tapi tahun ini satu jam setengah sahaja so konten akan pendek sedikit jadi kita kena ubah elemen-elemen dalam,” katanya.

Manakala menurut Muhammad Saiful iaitu Penerbit Program, cabaran menerbitkan Lagu Cinta Kita musim lepas menjadi pengalaman yang berguna untuk musim ini.

“Tahun lepas memang satu cabaran yang baru bagi kami, oleh itu kami belajar banyak sangat macam audition selection melalui online dan hanya peserta yang dipilih sahaja perlu datang untuk audition secara fizikal,” kata Muhammad Saiful ketika ditanya soal cabaran.

Ditanya soal kriteria pemilihan Kamal Adli dan Ain Edruce yang buat pertama kalinya mereka digandingkan sebagai hos LCK kali ini, Russell Mark mengatakan “Lagu Cinta Kita kali ini seakan diberi nafas baharu kerana kredibiliti Ain Edruce sebagai pengacara sangatlah bagus, manakala Kamal Adli pula dia seorang yang cool dan bagi kami dia sesuai untuk digandingkan bersama Ain Edruce.”

Sementara itu, apabila ditanya soal kriteria pemarkahan oleh juri tetap LCK ke-3 iaitu Ajai dan Mas Idayu, mereka mengatakan vokal dan keserasian sememangnya menjadi keutamaan untuk dinilai.

“Walaupun tema program ini adalah tentang ‘Cinta’, namun perkara yang paling utama untuk kita nilai adalah dari segi vokal,” kata Ajai.

Mas idayu turut menambah “Selain daripada vokal, keserasian juga menjadi keutamaan kami, selain itu, kami juga tengok Pitching, Penghayatan serta Keaslian (Originality) di dalam sesebuah perseembahan,” ujarnya.

Untuk maklumat semua, Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 akan mula bersiaran secara langsung pada 31 Oktober 2021 di TV3, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam atau orang ramai juga boleh menonton strim live secara HD di www.tonton.com.my dan menerusi Youtube TV3Malaysia Official.

ShareTweetPin
Previous Post

MAMAT KHALID MENINGGAL DUNIA

Next Post

JULAU LARRY SNG DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MPOC

Next Post
JULAU LARRY SNG DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MPOC

JULAU LARRY SNG DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MPOC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist