Bekas MP PKR, YB Larry Sng Wei Shien kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang baru.
Pengumuman pelantikan itu telah dibuat menerusi laman Facebook rasmi MPOC pada 24 Oktober 2021.
“Kakitangan dan pengurusan MPOC ingin mengucapkan tahniah kepada YB Larry Sng Wei Shien atas pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia,” ucapan di laman Facebook rasmi MPOC.
Terdahulu, YB Larry Sng Wei telah meninggalkan parti PKR pada bulan Februari untuk menjadi ahli parlimen Bebas yang menyokong kerajaan PN kepimpinan Muhyiddin Yassin ketika itu sebagai Perdana Menteri.
Pengundurannya daripada parti PKR tersebut seiring dengan langkah dua ahli parlimen lain iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong.