SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

MAMI AIDA BAKAL ADAKAN SHOWCASE DI KUALA LUMPUR SETELAH SINGLE MILIKNYA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DI INDONESIA

MAMI AIDA BAKAL ADAKAN SHOWCASE DI KUALA LUMPUR SETELAH SINGLE MILIKNYA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DI INDONESIA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
June 24, 2022
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
152
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Single milik Aida Elias atau lebih dikenali sebagai Mami Aida di Utara Semenanjung Malaysia telah mendapat sambutan hangat di Indonesia.

Beliau yang juga merupakan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia telah merakam single berjudul “Cari Pacar” pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, single tersebut telah dilancarkan di Indonesia pada Februari 2022 ekoran peraturan yang ketat di Malaysia dan single tersebut telah memasuki carta lagu dangdut Indonesia sehingga posisi ke-2 dalam dua carta radio di negara jiran itu.

Mami Aida juga bakal melakar sejarahnya tersendiri dengan showcase pertamanya iaitu “Mami Aida Live di Hard Rock Café” yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2022.

Mami Aida melakukan persembahan ketika sidang media yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

BEST FBKL Concerts dan Muzik Dua Karya telah bekerjasama menganjurkan showcase ini bagi mengenalkan artis rakaman baru dalam industri muzik tempatan kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di luar Pulau Pinang.

Dalam sebuah kenyataan media oleh BEST FBKL Concerts, Mami Aida akan mendendangkan 15 lagu yang merangkumi beberapa genre seperti balada, rock dan dangdut ketika showcase tersebut berlangsung.

Beliau juga akan menyampaikan tribute untuk Ziana Zain dan Liza Hanim yang merupakan dua selebriti yang telah menjadi inspirasi kepadanya.

Peminat yang ingin menghadiri showcase Mami Aida yang bakal diadakan Julai n anti boleh mendapatkan tiket di laman sesawang myticket.asia.

Sekitar sidang media Showcase Mami Aida Live Di Hard Rock Cafe

Mami Aida bukan sahaja seorang penyanyi, namun beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang lakonan serta pengacaraan dan beliau telah lama berkecimpung dalam dunia seni.

Beliau telah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan Battle of The Bands di sekitar negeri di Utara Malaysia.

Pada tahun 1998, beliau telah menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 dan telah dinobatkan sebagai Johan Mingguan sekaligus menjadikan peristiwa tersebut sebagai titik permulaan bagi beliau sebagai seorang penghibur di Utara Malaysia.

Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa telemovie seperti Selamat Pagi Abang Posmen arahan Zulkiflee M Osman dan Cinta Di Kaki Gunung Jerai arahan Khalid Sulaiman.

Bakat serta kebolehan Mami Aida kian terserlah apabila beliau turut terlibat dalam beberapa acara yang berlangsung di luar negara seperti konsert Dangdut Maut 2019 yang berlangsung di Singapura.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mengadakan persembahan di Indonesia bersama band terkenal iaitu PALLAPA dan beliau pernah tular di Facebook ketika menyanyikan lagu “Perawan Atau Janda” di Pantai Murni, Yan, Kedah bersama band beliau iaitu Sera Six Band di mana klip tersebut telah mencecah 3.7 juta tontonan.

Bergelar seorang artis rakaman namun pada masa yang sama bertugas sebagai kakitangan KKM bukanlah sesuatu yang mudah namun tiga cahaya mata beliau merupakan kekuatan untuk Mami Aida agar terus berjuang dalam karier dan kehidupannya.

ShareTweetPin
Previous Post

BALAI SENI NEGARA KEMBALI DIBUKA KEPADA UMUM

Next Post

SMK KAMPUNG JAWA TERIMA SUMBANGAN RM10,000

Next Post

SMK KAMPUNG JAWA TERIMA SUMBANGAN RM10,000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist