SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

MIFFEST KALI KE-5 BAKAL BERLANGSUNG PADA 10 HINGGA 15 JULAI 2022

MIFFEST KALI KE-5 BAKAL BERLANGSUNG PADA 10 HINGGA 15 JULAI 2022

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
June 15, 2022
in Hiburan
Reading Time: 3 mins read
A A
0
88
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-5 dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 mengumumkan senarai pencalonan 5th MGGA 2022 serta mengumumkan Tourism Malaysia sebagai pihak sokongan bagi festival tahun ini dalam sebuah sidang media.

MIFFest ke-5 akan diadakan di Dadi Cinema, Pavilion KL bermula 10 hingga 15 Julai 2022, manakala 5th MGGA 2022 akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya, Kuala Lumpur dan akan disiarkan di Unifi TV (siaran langsung di Malaysia), Viu TV HK (siaran penangguhan di Hong Kong) dan Youtube MIFFest (siaran langsung di seluruh dunia).

Bagi 5th MGGA 2022, filem India iaitu “Two Friends” telah tercalon dalam lima kategori dan dua pelakon utama filem tersebut; Arif Shaikh, 10 yang memegang watak Safikul dan Asik Shaikh, 9 yang memegang watak Palash telah tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, menjadikan mereka calon termuda bagi MGGA kali ini.

Antara calon-calon bagi kategori-kategori yang dipertandingkan di 5th MGGA 2022

Lebih daripada 100 filem yang dihantar untuk MGGA tahun ini seperti “Drowning In Holy Water” (filem Iran); “Full Time” (filem Perancis), “Hail, Driver!” (filem Malaysia), “Memoryland” (filem Jerman, Vietnam), “No Ground Beneath The Feet” (filem Bangladesh), “Rehana” (filem Singapura, Bangladesh), “The Silent Forest” (filem Taiwan), “Two Friends” (filem India), “Whether The Weather Is Fine” (filem Filipina, Singapura) dan “White Building” (filem Perancis, Kemboja) di mana filem-filem ini telah tercalon dalam kategori Top 10 Films of 5th MGGA 2022.

Untuk mengadili pencalonan bagi 5th MGGA 2022, lima juri telah dijemput iaitu Christine Hakim (Pelakon Indonesia) selaku Presiden Juri, Lav Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), dan Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia yang berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia).

Panel juri bagi 5th MGGA 2022

Dua anugerah Lifetime Achievement Award untuk Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien juga bakal disampaikan di majlis anugerah tahun ini.

Mengulas perkara tersebut, Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne Goh berkata “Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao-Hsien pada dua tahun yang lalu, malangnya kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik.”

Beliau turut kedua-dua individu ini telah menghasilkan banyak karya yang terkenal kepada festival-festival dan seluruh industri filem dan Kim Dong-Ho merupakan salah seorang pengasas Busan International Film Festival dan Gangneung International Film Festival di samping merupakan Presiden Kehormat MIFFest.

Dua penerima anugerah Lifetime Achievement Award; Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien

Joanne turut menambah bahawa tanpa bimbingan daripada Kim Dong-Ho, beliau tidak mungkin mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini.

MIFFest kali ke-5 tahun ini akan dilancarkan dengan filem pembukaan ‘Edge of The World’ iaitu sebuah filem dari Amerika Syarikat yang mengisahkan tentang Kapten James Brookem di mana filem ini telah menjalankan penggambaran sepenuhnya di Sarawak, Malaysia.

Filem ini juga mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB) dan pihak mereka berasa gembira apabila mendapat tahu bahawa filem tersebut akan ditayangkan di MIFFest tahun ini.

Pada Majlis Perasmian MIFFest yang akan diadakan pada 10 Julai akan datang, penonton dapat bertemu dengan pengarah dan juga pelakon filem tersebut.

Filem-filem yang bakal ditayangkan pada 5th MIFFest 2022 telah dibahagikan kepada beberapa kategori tayangan seperti Pawagam Dunia, Pawagam Asia dan Pawagam Malaysia.

Bagi MIFFest Project Market yang kali pertama bakal diadakan pada 12 sehingga 13 Julai tahun ini, kelima-lima Official Selection akan berpeluang untuk bertemu dengan penerbit, pengedar dan pelabur tempatan dan antarabangsa bagi tujuan membincangkan projek-projek mereka.

Lima Official Selection bagi MIFFest Project Market 2022

Juri-juri yang terlibat bagi MIFFest Project Market kali ini ialah Wu Ke-Xi (Pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutif) dan kelima-lima Official Selection ialah “Don’t Assume Still Waters” arahan Leysha Al-Yahya; “The Depths” arahan David Yanez, “Sunny, Benny & Jenny” arahan Jin Ong, “Garek” arahan Cech Adrea, dan “Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow”.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai festival tersebut, sila layari laman web rasmi MIFFest dan MGGA (www.mgga.com.my).

ShareTweetPin
Previous Post

K-KOMM SEKAT LAMAN WEB JUAL DATA PERIBADI

Next Post

SULTAN IBRAHIM ISKANDAR LANTIK TMJ SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

Next Post
SULTAN IBRAHIM ISKANDAR LANTIK TMJ SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

SULTAN IBRAHIM ISKANDAR LANTIK TMJ SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist