[Kuala Lumpur, 25 JULAI 2023] – Pesta Teater Runcit merupakan salah satu program anjuran Fakulti Teater ASWARA dalam memastikan seni teater terus
berkembang di samping menggalakkan para karyawan menghasilkan naskhah-naskhah pendek berdurasi 10 minit. Program tahunan Fakulti Teater
ini telah bermula sejak tahun 2021. Pesta Teater Runcit ini diinspirasi daripada Pertandingan Teater Pendek yang telah dijalankan semasa Festival
Konvokesyen ASWARA 2017. Antara keistimewaan Pesta Teater Runcit ini, pihak penganjur akan menetapkan tema yang berbeza pada setiap tahun dan
para peserta perlu mengikutnya sebagai satu kriteria utama. Pada tahun ketiga Pesta Teater Runcit ini dilaksanakan dengan membawa tema “Utopia/Distopia”. 10 kumpulan yang terpilih akan bertanding menjayakan acara ini.
Dalam menghangatkan pentas seni teater, Pesta Teater Runcit juga akan mengadakan satu sesi forum ilmu bersama para panel yang terdiri
daripada Puan Sharifah Amani, Dr Syahrul Musa dan Encik Kamarulzaman Taib (Che Kem) para penggiat seni dan para ilmuwan bagi membincangkan
isu dan perkara yang bertajuk “Kebebasan Berkarya: Perlukah Kreativiti Disekat.
Nantikan persembahan 10 Kumpulan yang terpilih untuk bertanding dalam Pesta Teater Runcit 3.0❗️
📌 18 & 19 Ogos 2023 : Persembahan – 8:30pm
📌 20 Ogos 2023 : Forum & Acara Kemuncak (Pengumuman pemenang) – 3.00 pm
Bertempat di 📍 Panggung Eksperimen, ASWARA
save the date!
#pestateaterruncit2.0 #ptr2023 #pestateaterruncit3.0 #pestateaterruncit2023 #senimalaysia #teatermalaysia #aswarateater #seniman #seniuntuksemua #utopiadistopia