KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Nur Sajat ditahan pihak berkuasa Thailand selepas mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai usahawan kosmetik itu yang dikatakan berada di Bangkok, lapor Harian Metro pada Isnin.
Laporan memetik sumber itu memaklumkan, Nur Sajat, 36, bersama seorang lagi lelaki berperwatakan wanita warga Thailand ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok. – Astro Awani