SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

TRANSFORMASI PROFIMA 2024: BANTU AHLI HADAPI CABARAN BAHARU

TRANSFORMASI PROFIMA 2024: BANTU AHLI HADAPI CABARAN BAHARU

Asraf Zin by Asraf Zin
December 31, 2021
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Ahli Jawatankuasa PROFIMA yang diketuai oleh Khalil Haji Saleh (barisan hadapan, tiga dari kiri)

Ahli Jawatankuasa PROFIMA yang diketuai oleh Khalil Haji Saleh (barisan hadapan, tiga dari kiri)

97
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

31 Disember 2021: Mesyuarat Agong Tahunan 2021 yang baru berlalu menampakkan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia: PROFIMA bakal melakukan perubahan besar demi kelangsungan hidup kru industri filem dan video dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Perubahan besar tersebut menggambarkan kebanyakan ahli yang terdiri dari kalangan tenaga kerja belakang tabir mahukan perubahan serta penambahbaikan selaras dengan perubahan budaya kerja situasi semasa.

“Seluruh saf kepimpinan baharu PROFIMA bagi sesi 2022-2024 bertekad bagi melakukan TRANSFORMASI PROFIMA 2024 dengan meletakkan misi yang jelas untuk PROFIMA menjadi payung utama kepada semua warga kerja industri perfileman dan video disamping menyediakan ahli dengan kemahiran yang selaras dengan keperluan industri,” kata Presiden PROFIMA, Khalil Haji Saleh dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, antara fokus utama yang diberi perhatian adalah penambahbaikan sistem tadbir urus, operasi PROFIMA, pendidikan dan kemahiran ahli, kebajikan ahli dan keluarga serta pembangunan kemahiran yang diiktiraf oleh sistem Pendidikan di negara ini.

Sekitar majlis Mesyuarat Agong Tahunan 2021 yang diketuai oleh Khalil Haji Saleh

“PROFIMA menyeru semua kru filem supaya lebih bersedia menempuhi cabaran baharu dalam industri seperti penggunaan digital sepenuhnya, cabaran bekerja mengikut S.O.P COVID-19 serta perkara-perkara lain di masa hadapan.”

Menurut Khalil Haji Saleh lagi, PROFIMA akan sentiasa membantu, membangunkan program serta tindakan segera demi mengutamakan ahli serta kru di seluruh Malaysia.

“Kita bertekad dan komited untuk membantu seluruh penggiat seni perfileman dan memberi keutamaan kepada ahli PROFIMA dalam apa jua keadaan, dengan sedaya upaya kami barisan kepimpinan 22-24,” ujarnya.

Dalam pada itu, semua warga kerja di belakang tabir dan pelajar IPTA/IPTS berkaitan filem disarankan untuk mendaftar sebagai ahli yang sah serta terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh PROFIMA.

“Dengan menjadi ahli yang sah, ia akan menguatkan lagi suara serta tindakan kita dalam menjaga hak serta keperluan kru di dalam industri. Ia juga bakal memastikan karya-karya yang terhasil lebih berkualiti dan industri filem dan video di negara ini mampu dibangunkan dengan rancak,” kata Khalil Haji Saleh.

Terdahulu, Majlis Tertinggi PROFIMA yang terbaru bagi sesi 2022-2024 kini diterajui oleh Khalil Haji Saleh (Presiden), Misnin bin Mohd Ehsan (Timbalan Presiden), Zaidatul Shima Mohd Hanafiah (Setiausaha), Sapri bin Ibrahim (Timbalan Setiausaha) dan Azeem Azarudin bin Azis (Bendahari).

ShareTweetPin
Previous Post

KES POSITIF OMICRON SUDAH TIDAK DAPAT DIELAK – KHAIRY JAMALUDDIN

Next Post

BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU; JUMLAH MANGSA MENINGKAT

Next Post
BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU; JUMLAH MANGSA MENINGKAT

BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU; JUMLAH MANGSA MENINGKAT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist