Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Peringkat Bahaya (Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku) di Kelantan (Jeli) sehingga 31 Disember 2021.
Peringkat Buruk (Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku) di Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga 1 Januari 2022.
Peringkat Waspada (Hujan berterusan dijangka berlaku) di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap. Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) dan Johor sehingga 1 Januari 2022.
Peringkat Waspada (Hujan berterusan dijangka berlaku) juga di Sabah: Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 2 Januari 2022.
Amaran Hujan Berterusan Bahaya dikeluarkan pada 11:20 pagi, 30 Disember 2021.
Sumber: MET Malaysia