Kuala Lumpur, 23 Januari 2025 – Alkhair Malaysia (Pertubuhan Al-Khair Malaysia) dengan
sukacitanya mengumumkan pelantikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Duta
Kebaikan Alkhair bagi tahun 2025, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember
2025.Namun apabila di tanya dengan ustaz Don berkitan dengan kontravesi yang seblum ini jawpan Ustaz Don adalah keperluan untuk kebaikan yang diharapakn dari orang-orang yang memerulakan adalah lebih besar dari kontravesi yang dia alami.Bagi Alkhair ia tidak menjejaskan sama sekali aktiviti -aktiviti yang melibatkan Ustaz. Don
Don.Pelantikan ini bertujuan untuk memperkukuhkan usaha Alkhair Malaysia dalam memperkenalkan organisasi secara lebih meluas melalui peranan Duta, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti kemanusiaan, dan menyampaikan mesej kebaikan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa. Sebagai simbolik pelantikan ini, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diadakan, disempurnakan oleh Ustaz Azfar Abdullah, Pengerusi Alkhair Malaysia, bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Kebaikan Alkhair
Majlis ini dijangka memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi visi dan misi dalam menyebarluaskan mesej kebaikan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif kebajikan. Pertubuhan Al-Khair Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan
yang ditubuhkan pada 2024. Objektif penubuhan ini adalah bagi membantu kerja kebajikan dan misi kemanusiaan di dalam Malaysia dan luar negara
Visi dan Misi Alkhair Malaysia
Visi kami adalah untuk menjadi rakan kemanusiaan utama yang berfokus kepada meningkatkan
kualiti hidup masyarakat.
Kami di Alkhair Malaysia tidak hanya merancang untuk memberikan bantuan asas seperti makanan
dan pakaian saja, tetapi juga menyediakan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, dan pembangunan
komuniti yang mampan.
Ini adalah 5 program utama yang menjadi tonggak perjalanan kemanusiaan Alkhair Malaysia:
1. Alkhair Food Programme (AFP): Menyediakan bantuan makanan kepada komuniti yang
terjejas akibat konflik atau bencana.
2. Alkhair Emergency Relief (AER): Memberikan bantuan segera kepada komuniti yang terjejas
akibat konflik, bencana alam atau krisis kemanusiaan.
3. Alkhair Child Programme (ACP): Menjaga kebajikan kanak-kanak melalui pendidikan,
kesihatan, dan kesejahteraan emosi.
4. Alkhair Education Programme (AEP): Memastikan akses pendidikan berkualiti kepada
masyarakat, seperti golongan asnaf di Malaysia, anak-anak pelarian dan mereka yang berada
di negara konflik.
5. Alkhair Health Programme (AHP): Memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan
berkualiti untuk golongan kurang berkemampuan dan mereka yang berada di negara
bergolak atau bencana.
6. Alkhair Hope: Menyampaikan sokongan kewangan dan pembangunan sosial kepada
golongan asnaf, OKU, dan mangsa bencana.
Alkhair Malaysia dibangunkan dengan nilai-nilai ihsan, sinergi, keberkesanan, dan inovasi. Kami
percaya bahawa setiap usaha kecil boleh mencipta impak besar jika dilakukan dengan penuh
keikhlasan dan tanggungjawab.
Dalam menjalankan amanah ini, kami memastikan setiap sumbangan yang diterima diuruskan
dengan penuh integriti. Bagi kami, setiap ringgit yang diberikan adalah amanah besar, dan menjadi
tanggungjawab kami untuk memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan
Alkhair Malaysia percaya bahawa sekecil-kecil kebaikan yang kita hulurkan mampu memenuhi
harapan mereka yang sangat memerlukan. Sesuai dengan slogan kami, “Kebaikan Penuhi Harapan,”
setiap usaha kita bersama adalah sinar harapan untuk mereka yang hidup dalam kesulitan.
Namun didlam acara yang sama Alkhair juga telah melancarakan satau kampen sempena ramadan
. Pelancaran tersebuat telah di umumkan oleh Mohd Luqmanulhakim bin Mohd Redzuan, selaku Timbalan Pengerusi AlkhairMalaysia, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, serta seluruh pihak yang komited dalam menjayakan inisiatif kemanusiaan ini.
Ramadan menjelma membawa berjuta rahmat dan peluang untuk kita semua mempertingkatkan amal ibadah serta kepekaan sosial. Atas semangat inilah Alkhair Malaysia merangka Kempen Ramadan Alkhair, dengan empat teras utama yang dirumus khusus untuk membantu mereka yang memerlukan, di dalam dan luar negara:
1. Alkhair Food Program (AFP)
o Memfokuskan agihan bantuan makanan, termasuk penganjuran Iftar Ramadan dan pemberian pek makanan di kawasan berpendapatan rendah dan terkesan konflik.
2. Alkhair Emergency Relief (AER) – Misi Kasih Gaza o Menyalurkan bantuan kecemasan, sokongan perubatan, dan keperluan asas kepada rakyat Gaza yang terjejas akibat konflik yang berpanjangan. o Menurut anggaran badan antarabangsa, lebih 80% daripada 2 juta penduduk Gaza masih bergantung pada bantuan luar, dan banyak infrastruktur kritikal seperti sekolah, hospital, serta bekalan air dan elektrik telah rosak atau musnah. Justeru, fokus kita turut merangkumi usaha pembangunan semula (reconstruction) kemudahan asas di Gaza,
terutamanya di bahagian sekolah dan pusat komuniti.
3. Alkhair Education Program (AEP) Memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan untuk pelajar di
Gaza, Borneo, dan Sekolah Alkhair. Bantuan ini tidak terhad kepada sumbangan ‘one-off’ semata-mata, tetapi juga merangkumi pembaikan fasiliti, penajaan yuran, dan sokongan jangka panjang.
4. Alkhair Child Programme (ACP) o Menumpukan kebajikan kanak-kanak yang berada dalam situasi mencabar, termasuklah kanak-kanak pesakit kanser, anak yatim, dan keluarga yang hidup dalam keadaan daif. Bantuan merangkumi kos rawatan, sokongan moral, keperluan pendidikan, serta aktiviti motivasi.
Melalui Kempen Ramadan Alkhair ini, kita menyasarkan kutipan dana sebanyak RM3 hingga RM4 juta. Dana tersebut adalah penting bagi membolehkan Alkhair Malaysia meneruskan serta memperluaskan bantuan ke kawasan yang paling kritikal, khususnya di Gaza yang memerlukan pembangunan semula dan pemulihan infrastruktur asas. Di samping itu, sebahagian dana akan disalurkan bagi menampung keperluan perubatan,
makanan, dan pendidikan untuk saudara-saudara kita di Malaysia dan beberapa lagi negara yang terjejas.
Kita sedia maklum bahawa konflik yang berpanjangan di Gaza telah menjejaskan ratusan ribu penduduk awam, termasuk kanak-kanak yang kehilangan sekolah dan akses pendidikan yang baik. Begitu juga dengan keadaan di Borneo, di mana ramai pelajar di kawasan pedalaman masih memerlukan sokongan bagi meningkatkan kualiti
pendidikan. Ramadan ini adalah waktu terbaik buat kita menyatukan tekad dan tenaga untuk membantu mengembalikan senyuman, harapan, dan peluang masa depan yang lebih cerah buat mereka.
“Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.” Kempen Ramadan Alkhair menawarkan pelbagai cara untuk kita semua berkongsi rezeki. Sumbangan boleh dilakukan melalui platform digital, kolaborasi korporat, sumbangan di masjid, serta edaran flyers yang kami sediakan. Kami juga menggalakkan lebih ramai
sukarelawan untuk turut serta menggerakkan usaha ini agar lebih banyak jiwa yang tersentuh dan terbela.
Dalam setiap inisiatif ini, kami amat menekankan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.
Insya-Allah, setiap sumbangan akan disalur dan diselenggara dengan sebaiknya supaya manfaatnya betul-betul sampai kepada yang memerlukan. Untuk itu, kami akan mengeluarkan laporan berkala dan maklum balas dari lapangan sebagai bukti bahawa sumbangan anda semua berjaya memberikan impak positif kepada masyarakat yang disasarkan.Semoga Ramadan kali ini menjadi pemangkin untuk kita memperbanyak amal dan memperkukuh ukhwah Islamiah, sekaligus membuka lebih banyak pintu kebaikan buat semua.