KUALA LUMPUR: Jumlah kes COVID-19 yang direkodkan untuk hari ini adalah sebanyak 6,288 kes. Ini menjadikan jumlah kes COVID-19 yang terkini ialah sebanyak 2,563,153 kes.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut melaporkan sebanyak 40 kematian dicatatkan pada hari ini akibat COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 ialah sebanyak 29,769 kes.