MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN MENTERI KOMONUKASI DAN DIGITAL MENERIMA ANUGERAH BERSEMPENA HARI WAILAYAH PERSEKUTAN HARI INI
Antara penerima PMW yang lain adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Syed Hamadah Syed Othman, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Penasihat Undang-Undang Istana Negara Zulharry Abdul Rashid.
Selain itu, enam individu dianugerahkan Darjah Johan Mahkota Wilayah (JMW), lima individu menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), empat individu dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan enam individu menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Istiadat yang berlangsung kira-kira sejam itu, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan Jemaah Menteri serta dif-dif kehormat.
Sementara itu, Dr Zaliha ketika sembah ucapan pada istiadat berkenaan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Ibrahim mengurniakan darjah kebesaran kepada 32 individu.
“Sesungguhnya, titah dan pedoman Duli Tuanku akan terus menjadi tonggak azimat kepada patik-patik sekalian,” katanya yang turut mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda dan seluruh kerabat.
TERIMA KASIH BERNAMA