Bermula Sabtu dan Ahad (27 dan 28 November 2021), rakyat Malaysia berpeluang untuk bersiar-siar menggunakan perkhidmatan tren iaitu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dengan hanya kadar bayaran RM1 sahaja untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.
Program “ERL RM1 Joyride Weekend” ini merupakan usaha Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) yang dilihat agak baik kepada rakyat Malaysia untuk terus beriadah.
Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menjadi individu untuk merasmikan program “ERL RM1 Joyride Weekend” ini.
“kami mengalu-alukan perkongsian daripada sektor swasta dalam membantu kami memulihkan industri dan dengan itu membantu pemain industri pulih. Kami amat gembira melihat inisiatif ERL dalam menganjurkan acara Joyride ini yang menghimpunkan pelbagai rakan kongsi dalam menyokong pemulihan negara,” kata Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Sementara itu, Noormah Mohd Noor, Ketua Eksekutif ERL berkata, “ERL amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan kami dalam menyokong inisiatif kerajaan dalam memulihkan industri.”
“ERL bekerjasama dengan pelbagai pemain industri untuk kempen itu termasuk Tabung Haji, YES, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), KL Hop-On Hop-Off, Perbadanan Putrajaya, Sukaseni, foodpanda, NU Sentral, Mitsui Outlet Park, komuniti pelancongan tempatan LOCCO dan pengusaha makan jalanan bandar, TAPAK,” tambah beliau lagi.
Ini adalah jadual perjalanan khas untuk 2 hari sempena program “ERL RM1 Joyride Weekend”.
“Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk membawa keluarga dan rakan-rakan mereka bergembira untuk menerokai bandar dan membantu meningkatkan ekonomi.”
“Sila datang dan bergembira tetapi sentiasa ingat untuk memakai topeng muka, menjaga jarak sosial yang selamat dan memastikan kebersihan diri yang baik,” tambah Noormah.
Promosi istimewa ini hanya tersedia untuk pembelian di Aplikasi Mudah Alih KLIA Ekspres bermula dari 22 November. Maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti boleh didapati di https://www.kliaekspres.com/offers/rm1-joyride/rm1-joyride/