KUALA LUMPUR 15HB JUNE 2025-YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan sesi pelepasan Program Pembudayaan Sukan Untuk Golongan Minoriti – KL Car Free Morning (Istimewa Run)
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Program yang dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan 2025 ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Olahraga WP Kuala Lumpur. Istimewa Run telah melibatkan 300 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) dalam dua acara iaitu larian 3km dan 5km (Fun Run).
Program ini bertujuan untuk memperkasa masyarakat, terutamanya golongan OKU, untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup aktif selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan (Sporting Nation). Program ini merupakan usaha berterusan KBS untuk
merakyatkan dan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat secara inklusif.
Penganjuran Istimewa Run juga menzahirkan nilai teras hormat, keyakinan dan ihsan dalam konsep Malaysia MADANI dan selari dengan Teras Pembudayaan Sukan dalam Visi Sukan Negara 2030. Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
MAKLUMAT DARIPADA :
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN