KUALA LUMPUR, Bersempena hari Wilayah yang lepas– Yayasan Wilayah Persekutuan
(YWP) menyampaikan bantuan kepada 60 orang ibu yang melahirkan bayi pada Hari Wilayah Persekutuan dan pesakit kanak-kanak yang memerlukan bantuan di Hospital Tunku Azizah (Wanita Dan Kanak-Kanak), Kuala
Lumpur.
Bantuan disampaikan oleh Y.Brs Dr Abdul Basir bin V.Kunhimohamed,Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP. Turut bersama beliau ialah Y.Brs.Tuan Mohd Mustafa Bin Ghazanfar, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala
Lumpur yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP. YWP sejak ditubuhkan pada tahun 1986, kekal istiqamah dan komited dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan untuk
seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memerlukan. Melangkah ke baru tahun 2025, YWP terus memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan, syarikat
swasta, NGO, dan individu yang prihatin.
Melalui majlis ini, bantuan sebanyak RM18,000 diagihkan dalam bentuk hamper dan bantuan kewangan. Gimik penyerahan di buat di Bilik Seminar Wad 7B bersama 3 pasangan ibu dan bayi. Seterusnya, lawatan dan
penyerahan sumbangan dibuat di Wad Pediatrik 10D. Penghargaan khas diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak Hospital Tunku Azizah (Wanita Dan Kanak-Kanak) atas kerjasama erat memastikan kelancaran majlis dan mengagihkan bantuan kepada penerima yang layak..
Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan perubatan yang sentiasa memberikan penjagaan kesihatan yang
terbaik selain sokongan moral kepada pesakit wanita dan kanak-kanak yang ada. Terdahulu, pada pagi yang sama di Masjid Negara, YWP turut menyerahkan bantuan sebanyak RM36,000 kepada 120 orang warga emas, asnaf, OKU dan para pejuang pendidikan yang uzur dan yang ditimpa masaalah kelangsungan hidup serta memerlukan bantuan kecemasan.