
Makan Malam Amal Konsert Legends adalah sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengumpul dana bagi membantu artis dan penggiat seni yang memerlukan. Konsert ini akan menampilkan barisan legenda muzik tanah air, termasuk Sweet Charity, Dato’ Khatijah Ibrahim, Dato Ito Blues Gang, Kopratasa, Datuk Andre Goh, Helen Velu, dan Mariam Ahmad
Acara ini akan diadakan pada 27 Disember 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC Kuala Lumpur) dan akan berlangsung selama 4 jam. Tiket untuk konsert dan makan malam eksklusif boleh dibeli dengan harga RM3,000, RM5,000, dan RM10,000, manakala tiket tontonan konsert berharga RM88

Hasil kutipan dana akan disalurkan kepada program kebajikan, termasuk bantuan kesihatan, sara hidup, dan sokongan sosial untuk artis veteran. Acara ini juga akan menampilkan segmen istimewa “Master Guitarist Showcase” yang menghimpunkan empat legenda pemetik gitar tanah air: Simon Carefree, Kid Search, Shahrul Ekamatra, dan Man Kidal
Ia turut diserikan dengan kehadiran Datuk Azman Abidin Setiausaha Politik Perdana Menteri sebagai Tetamu Kehormat. Majlis makan malam amal ini dipenuhi dengan lebih 500 penderma yang dihiburkan oleh persembahan penuh bertenaga dan emosi daripada barisan legenda muzik Malaysia, Sweet Charity selaku tarikan utama. Turut menggegarkan pentas ialah Dato’ Khadijah Ibrahim, Kopratasa, Helen Velu, Dato Andre Goh, Dato Ito Blues Gang, Mariam Ahmad dan Soma yang menyampaikan lagu hasil nukilan Allahyarham S Atan bersama-sama menyampaikan rangkaian lagu ikonik merentas generasi dalam persembahan hampir empat jam.

Malam bersejarah ini turut diserikan dengan slot khas gitaris legenda tanah air, menampilkan Man Kidal, Kid Search, Simon Carefree dan Sharul Ekamatra yang bergandingan di satu pentas sebagai penghormatan kepada era kegemilangan muzik rock tempatan. Persembahan menakjubkan mereka mencetuskan sorakan gemuruh serta momen penuh nostalgia di kalangan penonton.

Penganjuran konsert ini bukan sahaja meraikan legasi seni, malah mencapai objektif kebajikan apabila hasil kutipan jualan tiket dan sumbangan berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Seramai 6 penggiat seni yang memerlukan bantuan turut mendapat bantuan pada malam tersebut. Mereka adalah Murali Abdullah, Olie Heavy Machine, Salleh Yaacob, Mak Jah, Opie Black Maria dan pelakon Sharonizam
Sebanyak RM 100 ribu berjaya dikumpul dan ia membuktikan acara mencapai tujuannya, iaitu memberi peluang persembahan kepada ramai rakan artis serta membantu mereka yang memerlukan’, kata President Persatuan Karyawan Dato Freddie Fernandez.

Penampilan pemain saxophone muda Kenanga Juwita yang juga merupakan anak kepada Olie dari Heavy Machine band yang kini uzur tetapi terus turut hadir sebagai salah seorang penerima bantuan. Majlis turut dimeriahkan oleh pengacara , pelawak Helmi The Gimmick yang tidak henti-henti membuat penonton terhibur dengan lawaknya.

Sambutan hangat daripada orang ramai membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan penggiat seni tanah air.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja seperti Weststar, Saloma Kuala Lumpur, Seri Pacific Hotel, Tsl Bestmas Manufacturing, Sos Ibu oleh Mp Media Studio, Seri Ternak Sdn Bhd, WTC Kuala Lumpur Hotel Seri Pacific, rakan media, pasukan produksi serta penonton yang hadir dan menyumbang, sekali gus menjayakan Makan Malam Amal Legends sebagai sebuah acara bermakna yang menyatukan muzik, kenangan dan kemanusiaan




