

1. YB Menteri Belia dan Sukan, selari dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 28 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] telah mengumumkan pelantikan lima orang anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan (JKPS) yang baharu bagi tempoh 2 tahun bermula 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2027.
2. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Low Beng Choo yang berpengalaman dalam pentadbiran badan sukan dan undang-undang.
Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh:




(i) YBrs. Prof. Dr. Jady@Zaidi Hassim
(seorang peguam dan mempunyai kepakaran dalam undang-undang sukan);
(ii) YBhg. Dato’ Rajasekaran a/l Murugaiah
(seorang peguam dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran badan sukan)
(iii) Puan Kimbeley Yap-Chelliah
(bekas atlet berbasikal dan triatlon kebangsaan); dan (iv) Encik Mohd Qabil Ambak bin Tan Sri Mahamad Fathil
(bekas atlet equestrian kebangsaan).
(iv) Encik Mohd Qabil Ambak bin Tan Sri Mahamad Fathil
(bekas atlet equestrian kebangsaan).


3. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pertikaian Sukan adalah seperti berikut:
(i) mendengar dan memberi pandangan terhadap isu-isu berkaitan pertikaian dalaman badan sukan yang dirujuk kepadanya;
(ii) menyelesaikan aduan-aduan pertikaian yang dirujuk oleh mana-mana anggota sesuatu badan sukan atau badan sukan
(iii) mengenal pasti dan mengesyorkan langkah-langkah dan tindakan bagi menyelesaikan pertikaian dalam badan sukan
(iv) mengesyorkan suatu keputusan yang muktamad setelah mendengar aduan-aduan pertikaian yang dibentangkan sepanjang sesi pendengaran berlangsung; dan
(v) mengeluarkan suatu keputusan secara bertulis kepada kedua-dua pihak yang bertikai.
4. Diharapkan dengan kepakaran yang dimiliki oleh anggota-anggota yang dilantik, jawatankuasa ini dapat menangani kes-kes pertikaian dalam badan sukan dengan lebih berkesan sambil memastikan hak dan kepentingan semua pihak dalam komuniti sukan dilindungi.
5. Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada tiga orang anggota jawatankuasa yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 30 April 2025 iaitu YBhg. Dato’ G. Amarjit Singh Gill, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Shamala K.
Subramaniam dan Puan Sharon Wee Ee Lin. Mereka telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh perkhidmatan
6. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru semua pihak terutama badanbadan sukan untuk memanfaatkan platform penyelesaian pertikaian yang diwujudkan ini. Pelantikan anggota JKPS yang baharu ini mencerminkan
komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan ekosistem sukan negara berfungsi dengan baik melalui mekanisme penyelesaian pertikaian yang bebas dan profesional. Kerajaan MADANI juga komited untuk terus memantapkan ekosistem sukan negara melalui sistem pentadbiran yang cekap, adil, dan telus
bagi kepentingan semua pihak dalam komuniti sukan Malaysia.
kenyataan daripada:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
17 Jun 2025



