SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PENDAKWAAN KES DI BAWAH AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 [AKTA 482]: RENEWAGE GROUP SDN. BHD.

PENDAKWAAN KES DI BAWAH AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 [AKTA 482]: RENEWAGE GROUP SDN. BHD.

SWA TV by SWA TV
June 18, 2025
in Info@swatv
Reading Time: 1 min read
A A
0
31
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA,  – Mahkamah Sesyen, Georgetown, Pulau Pinang telah mendapati bahawa syarikat Renewage Group Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 1194895-H) (selepas ini dirujuk sebagai Orang Kena Saman – “OKS”) telah membuat pengakuan bersalah dan Mahkamah telah mensabitkan OKS di bawah Seksyen 5(2), Akta Industri
Pelancongan 1992 [Akta 482] dan dihukum di bawah Seksyen 5(3) Akta yang sama kerana OKS telah menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan yang tidak berlesen di bawah Akta 482. Dalam kes pada hari ini, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Irwan bin Suainbon telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja (RM30,000.00) dan sekiranya OKS gagal membayar denda tersebut, OKS akan dipenjarakan selama tempoh dua belas (12) bulan. Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Puan Siti Ruvinna binti Mohd. Rawi dan Puan Siti Zulaikha binti Mahadi.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menegaskan bahawa kesalahan di bawah Akta 482 adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana orang yang melanggar Akta 482. Kegiatan tidak berlesen seperti ini boleh menjejaskan keyakinan pelancong dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai risiko termasuk penipuan, ketidaktentuan jadual perjalanan, kekurangan perlindungan undang-undang serta pengalaman pelancongan yang tidak selamat. Oleh itu, MOTAC komited untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta 482 bagi memastikan hanya pengendali pelancongan yang sah dibenarkan beroperasi. Ini penting bagi mewujudkan persekitaran industri pelancongan yang lebih selamat, berdaya saing dan bertanggungjawab. Kementerian berharap agar kes ini menjadi satu peringatan kepada semua pengusaha dalam industri pelancongan agar lebih bertanggungjawab dan beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai akauntabiliti, integriti dan keadilan, MOTAC kekal komited dalam memastikan industri pelancongan negara berkembang secara sah, mampan dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

ShareTweetPin
Previous Post

旅游、艺术及文化部新闻报道 根据1992年旅游业法令提起诉讼 [第482条法令]: RENEWAGE GROUP SDN. BHD.

Next Post

NQ Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) dan Kelab Badminton Petaling (PBC) Meterai Memorandum Persefahaman (MOU) Membuka Bab Baru Kerjasama Strategik Budaya dan Sukan Malaysia-China

Next Post
NQ Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) dan Kelab Badminton Petaling (PBC) Meterai Memorandum Persefahaman (MOU) Membuka Bab Baru Kerjasama Strategik Budaya dan Sukan Malaysia-China

NQ Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) dan Kelab Badminton Petaling (PBC) Meterai Memorandum Persefahaman (MOU) Membuka Bab Baru Kerjasama Strategik Budaya dan Sukan Malaysia-China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • 打破垄断集团 政府采购中的投标欺诈
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist