Konflik terkini di Gaza Palestin bermula serangan mengejut Hamas terhadap Israel pada 07 Oktober 2023 yang lalu, telah mengakibat situasi peperangan yang berlarutan sehingga hari ini. Serangan Hamas bukanlah satu asbab untuk meletakan kesalahan atau pencetus kepada berlakunya konflik yang berterusan ini. Sejak pencerobohan bangsa Yahudi pada tahun 1948 sehingga terbentuknya negara Israel di Palestin, ribuan nyawa khususnya rakyat Palestin telah menjadi korban keganasan tentera Yahudi / Israel ini.Konflik semasa ini, telah melihatkan kekejaman tentera Israel begitu ketara,apabila bukan hanya menembak dan mengebom Masjid dan bangunanbangunan yang didakwa terdapat pejuang Hamas. Tentera Israel juga telah menyerang hospital-hospital di wilayah konflik dengan menembak peluru hidup, mengebom dan menembak gas pemedih mata. Hospital terbesar di semenanjung Gaza, Hospital Al-Shifa telah diserang secara brutal sehingga menyebabkan ribuan mangsa perang yang sedang mendapatkan rawatan meninggal dunia. Lebih malang lagi, Tentera Israel telah menyekat segala bantuan seperti bekalan bahan api untuk untuk kegunaan janakuasa elektrik
di hospital-hospital, menyebabkan segala rawatan yang memerlukan bekalan elektrik tidak berfungsi. Akibatnya ribuan bayi telah meninggal dunia termasuk pesakit-pesakit lain. Laporan PBB menyatakan sejumlah 22 dari 36
Hospital di semenanjung Gaza tidak dapat beroperasi.
Oleh yang demikian, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Selangor di sokong oleh Dunia Melayu Dunia Islam Malaysia (DMDIM) bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan NGO-NGO
mengambil tanggungjawab secara aktif, bagi menunjukan rasa tanggungjawab dan solidariti kepada seluruh dunia, peperangan yang mensasarkan hospital ini hendaklah dihentikan serta merta dan sewajarnya setiap mangsa perang atau orang awam diberi kemudahan untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di
kawasan konflik. Usaha yang kami gerakan juga, adalah menyalurkan bantuan alatan dan perubatan yang terjejas teruk akibat konflik yang terkini melanda Palestin.Bagi menyampaikan hasrat ini tersebut, DMDI Selangor akan menganjurkan satu acara atas nama, ‘PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN, SELAMATKAN HOSPITAL, SELAMATKAN PALESTIN’.
Pihak DMDI telah melancarkan ‘Tabung Palestin’ bagi mengumpul dana bagi
menyalurkan bantuan berupa ubat-ubatan dan segala peralatan hospital
kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan sokongan, selain dari
makanan dan sebagainya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun DMDI
seperti berikut:-
No. Akaun : 0404 2010 0112 66
Nama Akaun : DMDI Malaysia
Nama Bank : Bank Islam