PERSEDIAAN LANGKAWI SEBAGAI PROJEK RINTIS PROGRAM COVID-19 FREE DESTINATION
17 Julai 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)
dalam usaha menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis Program COVID-
19 Free Destination bagi merealisasikan sasaran 80% populasi penduduk pulau
tersebut divaksinasikan untuk mencapai tahap imuniti kelompok. Pelaksanaan ini
selaras dengan 3 Fasa Pelan Pemulihan Pelancongan yang telah digariskan oleh
MOTAC.
Cadangan inisiatif yang dibawa oleh MOTAC untuk meningkatkan pemberian vaksin
kepada penduduk Langkawi telah dipersetujui oleh pihak kerajaan melalui Mesyuarat
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) bagi meningkatkan kadar imunisasi penduduk dalam masa
terdekat, seterusnya dapat merealisasikan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis
bagi Program COVID-19 Free Destination.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin, Menteri
MOSTI yang merealisasikan Program COVID-19 Free Destination di Pulau Langkawi
sebagai projek rintis dan seterusnya usaha ini akan diperluaskan ke destinasi-
destinasi pelancongan lain di negara ini iaitu di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka
dan Sabah secara berperingkat sebagai green travel bubble. YB Khairy juga memberi
jaminan bahawa bekalan vaksin akan tiba pada minggu hadapan dan adalah
mencukupi bagi menjayakan sasaran 80% imuniti kelompok,” jelas YB Dato’ Sri Hajah
Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.