SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA 2022 ANGKAT TEMA “TIADA SESIAPA YANG TERTINGGAL: PERPUSTAKAAN SEBAGAI AGEN PERUBAHAN”

PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA 2022 ANGKAT TEMA “TIADA SESIAPA YANG TERTINGGAL: PERPUSTAKAAN SEBAGAI AGEN PERUBAHAN”

Asraf Zin by Asraf Zin
May 25, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
250
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022: Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022 dari 23 hingga 27 Mei 2022 secara dalam talian.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, “Tiada Sesiapa Yang Tertinggal: Perpustakaan Sebagai Agen Perubahan” menjadi tema PTPM 2022 yang sangat bertepatan dengan peranan perpustakaan dalam komuniti di seluruh negara.

“Hal ini kerana perpustakaan sememangnya sebagai sebuah pusat setempat bagi proses pengajaran, pembelajaran, perkongsian, pengalaman, prkongsian ilmu dan menjadi tempat tumpuan bagi kanak-kanak, suri rumah tangga dan warga emas,” kata beliau ketika berucap pada PTPM 2022.

YB Nancy Shukri ketika menyampaikan ucapannya dalam Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2022 pada hari ini

Dalam masa sama, beliau yang merasmikan PTPM 2022 pada hari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur turut berkata, perpustakaan sangat berperanan dalam memelihara warisan budaya Malaysia di mana ia secara langsung sejajar dengan visi MOTAC.

“Perpustakaan berperanan sebagai hab komuniti dan tempat pengumpulan sejarah tempatan serta warisan.

“Ini secara langsung menyokong visi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Destinasi Lestari Kaya Budaya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, sebanyak 35 orang pembentang yang membentangkan penulisan mereka dalam empat (4) sesi dan seramai empat belas (14) orang ahli panel mengadakan perbincangan mengenai bidang kepustakawan dalam dua (2) sesi sepanjang 3 hari persidangan ini dijalankan.

Serta, satu sidang pleno bagi membincangkan peranan persatuan perpustakaan/pustakawan turut diadakan dengan wakil-wakil dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina pada hari ini.

Sidang pleno yang dihadiri oleh wakil dari 4 negara ASEAN yang lain

Selain daripada itu, PTPM 2022 juga menganjurkan Pertandingan Poster daripada tiga (3) kategori utama iaitu Information Scientist (dari academia, industri, perpustakaan dan pelajar pasca-siswazah), Young Explorer (dari universiti dan terdiri daripada pelajar sijil hingga ijazah sarjana muda) dan Junior Wizard (dari sekolah rendah serta menengah dan terdiri daripada guru perpustakaan dan media serta Pengawas Pusat Sumber).

Ia dipertandingkan bagi mempamerkan inovasi idea oleh peserta yang mana akan diumumkan senarai pemenang pada Jumaat (27 Mei) nanti.

Sekitar berlangsungnya Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2022 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada hari ini

YB Nancy Shukri pada akhir ucapannya turut berharap agar semua perpustakaan di Malaysia bersama-sama meneruskan usaha murni dalam membentuk masyarakat berilmu dan berdaya saing dengan melaksanakan pelbagai program galakan membaca.

ShareTweetPin
Previous Post

KERAJAAN TEGAS TANGANI ISU BEKALAN DAN HARGA AYAM

Next Post

HUJAN LEBAT BERTERUSAN, BANJIR KILAT LANDA IBU KOTA

Next Post

HUJAN LEBAT BERTERUSAN, BANJIR KILAT LANDA IBU KOTA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist