SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) memeriahkan Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) memeriahkan Festival Permianan Malaysia di Dataran Merdeka

SWA TV by SWA TV
September 19, 2024
in Info@swatv
Reading Time: 4 mins read
A A
0
71
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dari  kiri  Ketua Pengarah  Jabatan Kebudayaan  Dan Kesenian  Negara Encik  Mohd Amran Mohd Aris, Timbalan Ketua Setiausaha (kebudayaan) MOTAC Datuk Mohd Yusri Yusof,Ahli Dewan Negara Senitor Isaiah  Jacob ,Pengerusi Paswd  Encik Azmi jaffri dan Ketua Jualan Dan Pemasaran Ajinomoto.Noriko Fujimoto

 

KUALA LUMPUR – 15 SEPT: Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) 0.3 kembali lagi dengan
mengetengahkan Galeri Sambal Warisan dinamakan Warong Pak Aji yang mempamerkan
Sembilan (9) jenis sambal yang diiktiraf Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai makanan
warisan.
TOSFE dianjurkan oleh Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
(MOTAC) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 14 September hingga 16
September 2024 di Dataran Merdeka sempena Festival Permainan Malaysia 2024.
Pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry berkata, Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan
kepelbagaian makanan dan antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah
sambal.

“TOSFE merupakan salah satu platform mempromosi sambal sebagai salah satu produk
pelancongan makanan. Pada pesta yang lepas, kami berjaya mengumpul usahawan-usahawan
sambal bagi mempamerkan lebih 100 jenis sambal selain jualan produk berasas serta
berkaitan sambal.
“Namun, kali ini, kami membawa kelainan dengan memberi ruang kepada pengunjung untuk
melawat Galeri Sambal, Warong Pak Aji yang akan menampilkan replika sambal yang
diperbuat daripada silikon,” katanya pada Majlis Pelancaran TOSFE 03 di Galeri Sambal
Warisan, Dataran Merdeka, hari ini.
Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Dato’ Mohd Yusri bin
Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran bin Mohd Haris.
Tambah Azmi, sembilan sambal tersebut antaranya Sambal Tumis, Sambal Gesek Ikan Bilis,
Sambal Goreng, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal
Hitam Ikan Bilis dan Sambal Tahun.

Kesemua sambal ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan oleh JWN.

diantara tetamu  yang hadir di majlis Pelancaran waorong Pak Aji tajaan AJINIOMOTO

Menurut Azmi, tahun ini, Malaysia juga telah meletakkan Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai
sebagai pencalonan bagi pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.
Sehubungan itu katanya, TOSFE mempamerkan ketiga-tiga makanan ini dalam satu sudut
Sarapan Malaysia di dalam galeri tersebut sebagai tanda menyokong usaha MOTAC
memastikan hidangan tradisional rakyat ini diiktiraf sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.
Di setiap pameran produk tersebut terdapat info lengkap berkaitan produk yang didapati
daripada Jabatan Warisan Negara.
Tambah Azmi, antara tarikan utama galeri tersebut iaitu di gerai teh tarik di mana pengunjung
boleh bergambar dengan aksi seperti membuat teh tarik yang diperbuat daripada silikon.
Pada kali ini juga TOSFE memberi ruang kepada para artis yang mempunyai produk sambal
seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Ezlynn, Nazia Mustafar dan Datuk Seri Vida yang akan turut
serta bagi menjual produk sambal mereka di reruai artis.


Sementara itu, golongan asnaf dan OKU tidak dilupakan apabila mereka diberi peluang
menjual produk sambal sendiri atau menjadi agen produk sambal keluaran artis seperti Fazlina
Datuk Ahmad Daud dan Nadia Mustafa tanpa sebarang bayaran dan diberikan komisen hasil
jualan tersebut

Ia sekaligus memberi peluang untuk golongan ini menjana pendapatan dan meningkatkan
ekonomi mereka.

Selain itu, Ajinomoto turut menyumbang produk kepada OKU dan asnaf untuk dijual pada hari
tersebut dengan hasil jualan sepenuhnya kepada OKU dan asnaf
TOSFE turut bekerjasama dengan NGO dan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menyantuni
golongan asnaf dan OKU dengan memberi sumbangan barangan keperluan dan wang tunai.
Tambah Azmi, antara tarikan utama aktiviti adalah pertandingan teh tarik, nasi lemak terbaik,
pertandingan makan sambal serta Inovasi Sambal.


TOSFE turut mendapat sokongan beberapa NGO antaranya Persatuan Anak Melayu Johor,
Karwayan, BUMTRA, PERTIMA serta agensi pelancongan untuk membawa pelancong ke acara
tersebut.
PSWAD turut berharap inisiatif Galeri Sambal ini tidak hanya terhenti di TOSFE sebaliknya,
persatuan ini dapat meneruskan jelajah ke seluruh Malaysia untuk mempamerkan sambal yang
telah diiiktraf oleh JWN sebagai Makanan Warisan Negara.

 

Pencalonan Budaya Sarapan Malaysia di UNESCO
– Pengiktirafan di peringkat Nasional yang telah diberikan kepada menu tradisi sarapan
pagi rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik sebagai Makanan
Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) juga telah
menjadi nilai tambah yang membuktikan bahawa makanan sarapan ini juga
mempunyai kepentingan kepada sejarah serta perkembangan sosio-budaya
masyarakat di Malaysia


– Mengambil kira kepentingan budaya sarapan Malaysia dalam meraikan kepelbagaian
etnik, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan
Negara (JWN) telah mengambil inisiatif untuk menghantar pencalonan budaya sarapan
ini bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity
ke UNESCO.


– Kejayaan penyenaraian Budaya Sarapan Malaysia ke peringkat UNESCO akan
meningkatkan visibiliti dan mengetengahkan keunikan warisan tidak ketara Malaysia di
peringkat dunia. Perkara ini bukan sahaja dapat menarik minat lebih ramai pelancong
untuk lebih mengenali budaya makanan rakyat Malaysia, malahan juga dapat
mempertingkatkan imej Malaysia serta memberikan faedah pulangan ekonomi melalui
pelbagai industri berkaitan termasuk pengangkutan, kraftangan, perhotelan, industri
produk makanan dan sebagainya.

ShareTweetPin
Previous Post

PELANCARAN PASUKAN & JERSI KARYAWAN FOOTBALL CLUB & PELANCARAN SINGLE “MAJNUN” AZMI SAAT

Next Post

TEA TARIK MENJADI TUMPUAN DI GALERI SAMBAL WARONG PAK AJI TAJAAN AJINOMOTO

Next Post
TEA TARIK MENJADI TUMPUAN  DI GALERI SAMBAL WARONG PAK AJI TAJAAN AJINOMOTO

TEA TARIK MENJADI TUMPUAN DI GALERI SAMBAL WARONG PAK AJI TAJAAN AJINOMOTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist