SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PRECIOUS OF MALAYSIA 3.0 2024

PRECIOUS OF MALAYSIA 3.0 2024

SWA TV by SWA TV
July 9, 2024
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
149
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

Precious Of Malaysia uji kreativiti pereka fesyen… “Jangan sampai ‘melacurkan’ budaya kita” FM Group.
RAMAI pereka fesyen muda di Malaysia menyimpan impian dan aspirasi untuk menjadi seorang pereka tersohor pada suatu masa nanti.
Untuk itu, mereka sentiasa mengintai peluang untuk mereka cipta pakaian yang memberi kepuasan bersandarkan beberapa elemen.
Menyedari hakikat itu, pereka fesyen Jonathan dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara, FM Group membuka peluang kepada pereka muda untuk menonjolkan rekaan mereka dalam International Cultural Fashion Week (ICFW) yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos ini di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
ICFW merupakan salah satu program bawah acara Precious Of Malaysia yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.
“Kami sedar dan tahu, ramai sebenarnya pereka muda di luar sana yang berbakat besar dan mempunyai idea luar di luar kotak serta kreatif.


“Jadi, inilah peluang untuk mereka menonjolkan potensi yang ada demi mengejar cita-cita sebagai pereka fesyen terkenal suatu hari nanti, katanya.
Menurut FM Group, berkarya tidak salah namun harus tahu batasnya.
“Kreativiti dan relevan mengikut trend itu bagus. Cuma nasihat saya janganlah sampai ‘melacurkan’ budaya kita menerusi fesyen yang anda reka.
“Maksud melacurkan budaya itu adalah mereka cipta busana yang boleh mendatangkan persepsi negatif.
“Misalnya mereka baju Melayu yang jarang kainnya, guna tanjak dijadikan baju seksi untuk menutup bahagian dada dan sebagainya.
“Mungkin nampak kreatif bagi sesetengah orang tapi ia seolah-olah ‘mencemarkan’ identiti budaya Melayu.
“Apabila rekaan sebegini dibawa ke pentas peragaan ia dilihat seolah-olah mempersendakan budaya itu sendiri. Orang yang melihat pun sudah tidak kenal asal usul busana yang diperagakan.
“Pada pendapat saya, wujudnya masalah ini disebabkan kurang cakna pereka fesyen mengenai adat  istiadat budaya

“Pereka fesyen perlu memahami sekali gus menghormati identiti pakaian kaum yang dihasilkan.
“Ini kerana budaya kita ada nilai estetika sendiri, kena ikut resmi itu. Kena tahu asal usul setiap budaya, jangan overdo atau rosakkan budaya,” ujarnya.
ICFW platform untuk pereka muda, libatkan negara serantau Pertandingan rekaan fesyen ICFW (International Cultural Fashion Week) yang merupakan
salah satu program bawah Precious Of Malaysia ini adalah satu platform buat pereka muda. FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedang mencipta nama.
“Ini masanya untuk mereka membuktikan bakat atau kebolehan mereka.


“Ada sesetengah pelajar lepasan jurusan fesyen, mereka tiada tempat untuk memperlihatkan karya mereka dan terus melebarkan sayap dalam bidang fesyen, katanya.
Menurutnya lagi, tahun 2024 menyaksikan kelainan ICFW berbanding tahun-tahun sebelum ini. “Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia, Filipina,Thailand dan India.
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan. “Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk. Antara penaja yang turut serta dalam Precious Of Malaysia adalah Affin Bank Berhad, Pavilion

Damansara Heights, Vivo, MyCar dan banyak lagi.Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1000 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut. Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos.

ShareTweetPin
Previous Post

LEBIH 300 PESERTA DARI NEGARA ANGGOTA ASEAN DAN HONG KONG, CHINA MEMPEROLEHI MANFAAT DARIPADA PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK ESG

Next Post

Felda Teloi Kanan Penerima Augerah pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024

Next Post
Felda Teloi Kanan  Penerima Augerah pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024

Felda Teloi Kanan Penerima Augerah pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist