SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT & KLINIK FATIHAH

PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT & KLINIK FATIHAH

SWA TV by SWA TV
July 27, 2024
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
63
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program yang dijangka akan mengurangkan kesalahan dan kesilapan tradisi pembacaan Al-Fatihah terutama di kalangan golongan muda telah dijalankan dengan penyertaan 180-220 peserta terdiri daripada murid terpilih tahun 5 dan 6 dan guru-guru pengiring daripada kesemua sekolah rendah di WP Kuala Lumpur.
Program Pemantapan Solat & Klinik Fatihah Peringkat WP Kuala Lumpur yang telah diadakan di Masjid ArRahah Bangsar South, Kg Kerinchi hari ini, merupakan program keempat dilaksanakan mengikut daerah Pendidikan iaitu Daerah Sentul, Keramat, Pudu dan Bangsar.

Program ini juga untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bacaan dan amalan yang sempurna dalam solat 5 waktu melalui sesi Pemantapan Solat yang dijalankan oleh Ustaz Profesor Dr Hasnan Kasan, pensyarah yang telah mempopularkan program kesempurnaan solat sejak lebih sepuluh tahun lalu. Penerangan dan amali bermula daripada doa, wudhu dan kesempurnaannya sehingga selesai rukun solat. Klinik Fatihah, sesi kedua program diketuai oleh Puan Sri Hjh Hanifat Harun, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia WP Kuala Lumpur (LKPIM WPKL). Sesi ini memberi penekanan dalam menyempurnakan bacaan Al-Fatihah
dalam Solat, melalui pembentangan digital dan peserta kemudian dibahagikan kepada kumpulan diketuai oleh Pembimbing yang akan membuat penilaian individu

Program ini dianjurkan bersama oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia WP Kuala Lumpur (LKPIM WPKL) dengan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Majlis Agama Islam WP (MAIWP), dengan rakan strategik Pergerakan Puteri Islam Malaysia WPKL, Kumpulan Pengajian Al-Quran Mengejar Cinta Illahi (MCI) dan Tenaga Pembimbing Tajwid Akademi Yayasan Nasyrul Quran Putrajaya.
Pada majlis penutup, Pengarah Eksekutif YWP, Haji Abdul Rahman bin Siraj telah menyerahkan ‘mock cheque’ RM30,000 sebagai sumbangan pelaksanaan program pendidikan LKPIM WPKL yang dijalankan. Turut hadir ke program ialah *Pengarah Pendidikan JPWPKL Haji Roslan bin Abu Hassan, *Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif MAIWP Datuk Hj Mohd Nizam Bin Haji Yahya, Pengerusi J/K Masjid ArRahah Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, dan Setiausaha Agung Kehormat LKPIM Dr Wan Fauziah bt Meor Yahaya

LKPIM WPKL adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan program dan aktiviti kebajikan melibatkan pergerakan komuniti wanita Islam, dengan berperanan untuk menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan wanita dan keluarga mereka menuju ke arah satu masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia, maju dan berbakti kepada masyarakat.

ShareTweetPin
Previous Post

Felda Teloi Kanan Penerima Augerah pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024

Next Post

BECALM COOKIES LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL – YOU CAN BE OKAY

Next Post
BECALM COOKIES LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL – YOU CAN BE OKAY

BECALM COOKIES LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL – YOU CAN BE OKAY

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist