SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

ROCKESTRA 5.0 DAN FESTIVAL ROCK ANGKAT WARISAN MUZIK ROCK TANAH AIR DI PANGGUNG ANNIVERSARI

ROCKESTRA 5.0 DAN FESTIVAL ROCK ANGKAT WARISAN MUZIK ROCK TANAH AIR DI PANGGUNG ANNIVERSARI

SWA TV by SWA TV
July 15, 2026
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan Rockestra 5.0 dan Festival Rock pada 17 hingga 19 Julai 2026 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, sebagai sebuah festival yang menghimpunkan elemen persembahan muzik, warisan budaya, komuniti kreatif dan apresiasi seni dalam satu penganjuran berskala besar.

Program ini merupakan antara pengisian utama Semarak Seni @ Panggung Anniversari 2026 yang bertujuan menghidupkan semula Panggung Anniversari sebagai sebuah ruang seni terbuka yang menjadi wadah kepada penggiat seni, pemuzik, komuniti kreatif dan masyarakat menikmati persembahan berkualiti di tengah-tengah ibu negara. Kemuncak festival ialah Rockestra 5.0 yang akan berlangsung pada Sabtu, 18 Julai 2026, bermula jam 8.30 malam menerusi sebuah konsert yang mengetengahkan konsep unik dengan menggabungkan keunikan muzik rock dan susunan muzik simfoni. Lebih 60 pemuzik Orkestra Kuala Lumpur akan bergandingan bersama barisan penyanyi rock terkenal bagi mempersembahkan karya-karya malar segar dalam dimensi baharu yang lebih epik, dramatik dan bertaraf orkestra, tanpa menghilangkan identiti asal muzik rock tempatan. Konsert percuma ini akan menampilkan Muzza, Pasha, Pat Candy, Lan Solo, CDNaz, King Shah (Metalasia) dan Ca-ah, manakala Isma Halil Hamzah selaku pengacara sepanjang hampir tiga jam.

Sementara itu, Festival Rock yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai 2026 akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis dan kumpulan rock, forum, sesi bual bicara, pameran komuniti, jualan cenderamata serta pelbagai aktiviti interaktif yang mengetengahkan sejarah, evolusi dan legasi muzik rock Malaysia. Festival ini turut membuka ruang kepada orang ramai untuk menyaksikan sendiri proses di sebalik penganjuran konsert menerusi sesi latihan bunyi (soundcheck) Rockestra 5.0, selain mendekatkan peminat dengan artis, pemuzik dan komuniti yang telah lama mewarnai industri muzik tempatan. Lebih daripada sekadar sebuah festival hiburan, penganjuran ini menjadi platform yang menyatukan generasi lama dan baharu dalam menghargai perjalanan muzik rock tanah air, di samping memperkukuh jaringan komuniti kreatif melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan apresiasi terhadap karya seni tempatan.

Panggung Anniversari sendiri mempunyai nilai sejarah yang cukup signifikan dalam perkembangan industri muzik negara. Lokasi ikonik ini pernah menjadi pentas kepada ramai artis dan kumpulan legenda yang mewarnai landskap muzik Malaysia. Melalui Rockestra 5.0 dan Festival Rock, legasi tersebut terus diperkasakan dengan pendekatan yang lebih segar, inklusif dan relevan kepada generasi masa kini. Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkasa pembangunan seni, budaya dan industri kreatif, selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bukan sahaja maju dari aspek fizikal, malah kaya dengan aktiviti kebudayaan, warisan dan kehidupan seni yang dinamik. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Rockestra 5.0 dan Festival Rock. Masuk adalah percuma.

 

ShareTweetPin
Previous Post

Meril Melancarkan Akademi Pertamanya di Malaysia, Mengukuhkan Rangkaian Pendidikan Global

Next Post

ROCKESTRA 5.0 与摇滚音乐节在 Panggung Anniversari 呈现国家摇滚音乐底蕴

Next Post
ROCKESTRA 5.0 DAN FESTIVAL ROCK ANGKAT WARISAN MUZIK ROCK TANAH AIR DI PANGGUNG ANNIVERSARI

ROCKESTRA 5.0 与摇滚音乐节在 Panggung Anniversari 呈现国家摇滚音乐底蕴

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • ROCKESTRA 5.0 与摇滚音乐节在 Panggung Anniversari 呈现国家摇滚音乐底蕴
  • ROCKESTRA 5.0 DAN FESTIVAL ROCK ANGKAT WARISAN MUZIK ROCK TANAH AIR DI PANGGUNG ANNIVERSARI
  • Meril Melancarkan Akademi Pertamanya di Malaysia, Mengukuhkan Rangkaian Pendidikan Global
  • Thailand menyasarkan untuk menjadi hab perubatan global di bawah usaha pemacu pertumbuhan baharu.
  • KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH BUKAN LAGI SATU PILIHAN, TETAPI SATU KEUTAMAAN NEGARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist