SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

TV ALHIJRAH LANCAR TIGA FOKUS UTAMA KEMPEN KOMPREHENSIF SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL 1443H

TV ALHIJRAH LANCAR TIGA FOKUS UTAMA KEMPEN KOMPREHENSIF SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL 1443H

Asraf Zin by Asraf Zin
March 24, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
146
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

23 Mac 2022: TV Alhijrah memilih tiga komponen utama sebagai fokus stesen ini sepanjang menyambut Ramadhan dan Syawal 1443H yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, Kempen Ramadhan dan Syawal 1443H ini tampil dengan tema Ramadhan Diberkati, Syawal Dirai.

“Inisiatif pertama adalah teras yang menjadi denyut nadi stesen TV Alhijrah iaitu dua puluh (20) rancangan istimewa pelbagai genre yang bakal disiarkan sepanjang Ramadhan dan berbaki Sembilan (9) rancangan untuk Syawal.

Namanzee Harris ketika menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran di sini hari ini

“Rancangan-rancangan tersebut adalah Khatam Al-Quran Perdana, Solat Tarawih Dari Mekaj, My #QuranHour, Assalamualaikum Sahur, Camca, Saranghae, Khilaf, Ngaji on The Kids, Moreh, Cinta Ilmu Ramadhan dan banyak lagi”, katanya.

Bagi Syawal pula ia diserikan dengan sajian rancangan seperti Hijrah Berselawat Syawal, Haflah Syawal, Hijrahkan Laguku Reunion Raya, Sitkom Tau Tau Dah Raya, Wanita Syurga Raya, Telefilem Syawal Yang Hilang serta Filem Indonesia berjudul Mars.

Sekitar majlis pelancaran yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lmpur hari ini

Pada masa sama, TV Alhijrah turut melancarkan dua (2) inisiatif lain untuk kempen ini iaitu Platform Media Digital dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Sebagai galakan kepada peonton, TV Alhijrah memilih untuk membangunkan aplikasi telefon yang dijenali sebagai AlHijrah Apps (AH) yang memuatkan 5000 rancangan keagamaan pelbagai genre”, kata Namanzee.

Menurutnya, pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Playstore dan Apple Apps Store seperti biasa.

Selain itu, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pula tampil dengan Hijrah Prihatin Skuad Bubur Lambuk 2022.

“Bertemakan Dakwah Melalui Frontliner, penambahbaikan dilaksanakan pada tahun ini apabila 20 buah motosikal kuasa besar Harley Davidson akan turun padang ke Pahang dan Johor untuk menyantuni masyarakat setempat”, katanya.

Namanzee Harris (Tengah) ketika melancarkan Skuad Bubur Lambuk 2022
Antara motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang akan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Sehubungan itu, skuad bubur lambuk juga akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan aktiviti-aktiviti barsama qariah setempat seperti gotong-royonh membersihkan masjid, infaq rezeki Hijrah Prihatin, Solat Tarawih berjemaah dan aktiviti yang lain.

“Edaran bubur lambuk di lokasi Frontliner sekitar Lembah Klang masih dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini”, katanya menerusi kenyataan.

Namanzee pada masa sama menyeru masyarakat Malaysia untuk terus kekal menonton TV Alhijrah sepanjang Ramadhan dan Syawal dalam usaha memeriahkan lagi kedatangan bulan yang mulia tersebut.

ShareTweetPin
Previous Post

BAYARAN FASA 1 BKM SECARA BERPERINGKAT BERMULA 28 MAC 2022

Next Post

CEO TV AL HIJRAH TAMPIL JELASKAN ISU SEBENAR BERKAITAN KONTROVESI BERSAMA ‘KAK LONG 7E’

Next Post

CEO TV AL HIJRAH TAMPIL JELASKAN ISU SEBENAR BERKAITAN KONTROVESI BERSAMA 'KAK LONG 7E'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist