SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN BANTU PENDUDUK TAMAN MELATI YANG TERKESAN SUSULAN RIBUT YANG MELANDA

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN BANTU PENDUDUK TAMAN MELATI YANG TERKESAN SUSULAN RIBUT YANG MELANDA

Asraf Zin by Asraf Zin
February 9, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
171
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

9 Februari 2022: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam kenyataan menegaskan bahawa isu ‘bumbung terbang’ di rumah pangsa Taman Melati pada 24 Januari 2022 lalu telahpun diambil tindakan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Y.Bhg Datuk Zaizalnizam Zainun telah meninjau di lokasi kejadian bersama Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Menurut Datuk Zaizalnizam Zainun, segala perkakas seperti kerangka besi untuk pembaikpulihan 4 blok, kanvas dan bahan yang berkaitan telahpun dihantar ke lokasi pada Sabtu (29 Jan) selain kerja-kerja pembaikan bumbung juga telah dimulakan dengan serta-merta.

Walaubagaimanapun, proses pembaikpulihan bumbung sedikit terganggu apabila hujan lebat dan ribut pada Jumaat (4 Feb) telah menyebabkan kanvas mengalami kerosakan teruk sebelum digantikan semula oleh YWP dengan kadar segera.

Sehubungan itu, insiden tersebut telah dimaklumkan kepada wakil-wakil Persatuan Penduduk yang disahkan sendiri oleh Tuan Abu Bakar Ismail sebagai Pengerusi Gabungan NGO Flat Taman Melati dan turut merangkap sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 4B.

Sekitar majlis perjumpaan bersama mangsa ribut di Flat Taman Melati 4 Buah Blok A

“Satu majlis perjumpaan bersama mangsa ribut di Flat Taman Melati bagi Blok A13, A14, A15 dan A16 beserta penerangan status terkini pemasangan bumbung kepada mereka yang terlibat telah dibuat pada Selasa (8 Feb) dan mereka amat berterima kasih kepada YWP”, menurut kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis perjumpaan tersebut ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Dolah, Pengerusi MPPWP Sub Zon 1 Wangsa Maju dan En Mohd. Azhar bin Md Rosdy, Pengerusi Persatuan Penduduk Kawasan 4A Taman Melati.

Blok A15 yang mengalami kerosakan bumbung ekoran ribut

Sebelum ini, YWP telah menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM250 per keluarga kepada 46 buah keluarga pada Jumaat (28 Jan) selain turut bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL dalam memberikan bantuan sarapan pagi, makan tengah hari dan makanmalam untuk 200 orang yang terlibat di Pusat Pemindahan Sementara yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak Isnin (24 Jan) lalu.

Terdahulu, empat blok rumah pangsa di Taman Melati yang melibatkan 40 unit rumah dari Blok A13, A14, A15 dan A16 mengalami kerosakan akibat angin kencang dan hujan lebat yang berlaku pada pukul 3:00 petang Isnin (24 Jan) lalu.

Keadaan bumbung di salah satu blok A Flat Taman Melati yang musnah setelah dilanda ribut

ShareTweetPin
Previous Post

BAS TERBABAS, 4 ORANG PELAJAR USIM CEDERA

Next Post

YB DR. TAN YEE KEW ZAHIR PERASAAN SIMPATI TERHADAP PENDUDUK TAMAN MELATI

Next Post
YB DR. TAN YEE KEW ZAHIR PERASAAN SIMPATI TERHADAP PENDUDUK TAMAN MELATI

YB DR. TAN YEE KEW ZAHIR PERASAAN SIMPATI TERHADAP PENDUDUK TAMAN MELATI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist