Alhamdulillah, menghadiri dan mendengar Ucaptama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dengan tema “Islamic Finance and Humane Economics: Bridging the Gap for a More Equitable World” di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia anjuran INCEIF. Saya perlu mengikuti rapat perkembangan ilmu dan industri agar sentiasa cakna dan tidak ketinggalan.
INCEIF memfokuskan penyelidikan dan kajian penting meliputi ‘Equitable Economy’, ‘Environmetal Sustainability’, ‘Monetary System and Policy Efficacy’, juga ‘Islamic Finance and Halal Economy’.
Dalam ucaptamanya, PMX memulakan bicara mengenai visi ekonomi Islam dengan memetik beberapa nama besar seperti Nejatullah Siddiqi dan Muhammad Umar Chapra. PMX menyebut keperluan kepada pelaksanaannya secara berhikmah dan memahami realiti dan konteks sebenar secara menyeluruh.
Perkembangan dunia teknologi, Kecerdasan Buatan (AI), politik nasional dan geo-politik, termasuk isu korupsi dan governan perlu diberikan perhatian. PMX menyebut pesanan Almarhum Prof. Ismail al-Faruqi kepadanya mengenai peri penting ‘actualisation of ideas’.
Sudah pasti bukannya mudah tetapi ia perlu dilakukan sedayanya (al-Islah Mastata’tu – ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ). Tahniah INCEIF dan semua yang terlibat.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.