SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

BKM FASA 2 LIBATKAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM1.74 BILION

BKM FASA 2 LIBATKAN PERUNTUKAN BERJUMLAH RM1.74 BILION

Asraf Zin by Asraf Zin
June 28, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
46
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Sejumlah 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 mula menerima bayaran secara berperingkat mulai Isnin (27 Jun) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.74 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah penerima itu meliputi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang boleh menyemak status pembayaran pada tarikh sama melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Menurut beliau, BKM Fasa 2 ditambah baik sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta sekali gus menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

“BKM inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

“Setakat ini, 8.6 juta penerima BKM diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada tahun ini,” katanya.

Menurut Zafrul, BKM merupakan bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai perbandingan, katanya, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480) iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

Selain itu, beliau menjelaskan, jumlah penerima BKM juga meningkat sebanyak 8.6 juta berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja.

“Peningkatan ini kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

“Ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 seperti inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini,” katanya.

ShareTweetPin
Previous Post

LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – KARAK AKAN DITUTUP MALAM INI

Next Post

DISKAUN 50 PERATUS TAMBANG FERI PULAU PINANG BAGI PENGGUNA RORO DISAMBUNG 6 BULAN LAGI

Next Post

DISKAUN 50 PERATUS TAMBANG FERI PULAU PINANG BAGI PENGGUNA RORO DISAMBUNG 6 BULAN LAGI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist