KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan iaitu 3,490 kes setakat tengah hari tadi , berbanding 4,626 kes yang direkodkan semalam .
Ketua Pengarah Kesihatan , Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata , data yang baru diperoleh ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,691,639 kes setakat ini .
Sementara itu , sebanyak 22,772,882 (97.3%) individu daripada kalangan populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 , di mana sebanyak 23,094,811 (98.7%) daripada golongan ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin .
Bukan itu sahaja , 2,824,847 (89.7%) individu daripada golongan remaja yang berusia 12 sehingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin , manakala 2,723,137 (86.5%) telah lengkap divaksinasi .
Sebanyak 70,382 dos vaksin melibatkan 1,407 dos pertama , 2,353 dos lengkap , dan selebihnya iaitu 66,622 dos penggalak telah diberikan pada hari semalam , sabtu .
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,820,915 dos , manakala dos penggalak pula 3,597,902 dos .
Untuk mengetahui maklumat terperinci berkenaan dengan kes Covid-19 di Malaysia , orang ramai boleh melayari laman web Covidnow kerana data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam di situ .