SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

KPPK BAKAL TINGKAT USAHA PROMOSI PENGGUNAAN SISA ISIRUNG SAWIT SEBAGAI MAKANAN HAIWAN

KPPK BAKAL TINGKAT USAHA PROMOSI PENGGUNAAN SISA ISIRUNG SAWIT SEBAGAI MAKANAN HAIWAN

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
May 31, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
58
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bakal meningkatkan usaha mempromosi penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam sebuah kenyataan media, antara punca kenaikan harga ayam adalah disebabkan harga makanan ayam yang tinggi.

Ekoran harga makanan ayam yang meningkat, haiwan ternakan tersebut mendapat bekalan makanan yang kurang dan menyebabkan kadar pertumbuhan mereka terjejas sekaligus memberi kesan terhadap bekalan ayam.

Malaysia mengimport sebahagian besar makanan ayam yang kebanyakkannya diperbuat daripada bijirin seperti jagung dan kacang soya namun sumber-sumber ini sedang menghadapi kekurangan akibat perang di Ukraine dan juga keadaan cuaca yang tidak menentu.

Bagi mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan, KPPK akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan lain bagi mengkaji semula dasar eksport kek isirung sawit (PKC) yang akan memihak kepada ayam pedaging tempatan.

YB Datuk Hajah Zuraida turut berkata bahawa buat masa sekarang negara mengeksport PKC untuk industri lembu Eropah.

KPPK juga bakal bekerjasama dengan agensi berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri untuk meneliti kadar ketersediaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan dengan segera.

Kerjasama bersama institusi penyelidikan seperti universiti awam juga bakal dibentuk bagi melihat cara untuk meningkatkan kualiti PKC termasuk mengurangkan kandungan serat dalam PKC.

ShareTweetPin
Previous Post

KONVENSYEN PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH KEBANGSAAN: JENAYAH SIBER FOKUS TANGANI JENAYAH SYARIAH ATAS TALIAN

Next Post

SERAMAI 174 PENJAWAT AWAM KELANTAN TERIMA ANUGERAH

Next Post
SERAMAI 174 PENJAWAT AWAM KELANTAN TERIMA ANUGERAH

SERAMAI 174 PENJAWAT AWAM KELANTAN TERIMA ANUGERAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist