LUMUT: Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Armada Barat membuktikan tahap kompetensi menjayakan perlaksanaan latihan kesiagaan yang melibatkan aset pertahanan maritim dalam latihan Perang Pangkor siri 17/22.
Latihan kesiagaan yang melibatkan aset maritim seperti KD Mahawangsa, KD Lekiu serta aset sokongan iaitu Fast Combat Boat TLDM telah dilaksanakan di perairan Selat Melaka semalam.

Pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan merangkumi aspek latihan navigasi, komunikasi serta peperangan maritim dan warga TLDM telah mempamerkan kecekapan dalam setiap evolusi yang dilaksanakan.

Latihan berkala ini turut dilihat dapat mengukuhkan kemahiran dan kesiapsiagaan warga TLDM dan aset-aset di Zon Maritim Semenanjung Malaysia.
Selain itu, Latihan Perang Pangkor ini juga merupakan salah satu langkah tindakan show of force di perairan Selat Melaka bagi memperagakan aset pertahanan maritim secara berterusan.

Latihan ini secara tidak langsung memberi impak positif kepada komuniti maritim dalam meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan dan komitmen TLDM khususnya Armada Barat bagi mengekalkan kestabilan dan tahap keselamatan perairan negara.
SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA