SHAH ALAM, 22 Jun 2022: Seramai 25 keluarga asnaf kategori fakir dan miskin serta mualaf di Klang menerima bantuan pembiayaan pinjaman perumahan.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata bantuan itu bertujuan meringankan kos sara hidup golongan terbabit selain membantu mereka memiliki sepenuhnya rumah yang didiami.
“Alhamdulillah, Operasi Agihan Daerah Klang telah menyerahkan cek bantuan penyelesaian baki akhir pinjaman perumahan kepada 25 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf.
“Semoga dengan penyaluran bantuan ini dapat membantu asnaf di Selangor menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya di Facebook.