SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

MANGSA BANJIR DI PPS MASIH LAGI BERADA DI ANGKA 4 RIBU

MANGSA BANJIR DI PPS MASIH LAGI BERADA DI ANGKA 4 RIBU

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
January 9, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
24
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan negeri yang terjejas akibat bencana banjir semakin pulih dengan angka mangsa yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurangan hari demi hari .

Mengikut laporan yang dikeluarkan dalam Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  , seramai 4,138 mangsa banjir membabitkan 1,171 keluarga masih lagi menjadi penghuni di 58 PPS melibatkan tiga buah negeri yang dilanda bencana tersebut .

Berdasarkan statistik , Johor menjadi negeri yang mempunyai mangsa banjir tertinggi yang ditempatkan di PPS , iaitu seramai 3,529 orang , membabitkan 997 keluarga di 49 PPS .

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor , R Vidyananthan , berkata Segamat kekal mencatatkan jumlah mangsa yang paling ramai , diikuti dengan Muar , Tangkak dan Batu Pahat .

Dalam kesempatan itu , beliau memberi peringatan kepada seluruh rakyat Johor untuk sentiasa berjaga-jaga , terutama penduduk yang tinggal berhampiran dengan lima sungai yang sudah melepasi aras bahaya iaitu Sungai Muar di Liang Batu , Sungai Muar di Panchor , Sungai Muar di Buloh Kasap , Segamat ; Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam , Muar ; dan Sungai Endau di Kampung Labong , Mersing .

Sementara itu , Melaka menjadi negeri kedua yang turut berada di dalam negeri-negeri yang terjejas akibat banjir , membabitkan 369 mangsa daripada 99 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS , manakala di Pahang , seramai 240 mangsa banjir daripada 75 keluarga ditempatkan di enam PPS .

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka , Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra , berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu menurun kepada  369 orang daripada 99 keluarga petang ini berbanding 389 orang daripada 105 keluarga , di mana semuanya tinggal sementara di tiga PPS di Jasin .

Selain itu , laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan aras air di beberapa sungai di Pahang masih lagi berada di tahap waspada , iaitu Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang di Maran , Sungai Dong di Kampung Peruas , Raub dan Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi , Bentong , petang tadi .

ShareTweetPin
Previous Post

PROFIMA CAKNA ISU KEBAJIKAN KRU FILEM DI LOKASI PENGGAMBARAN

Next Post

ISU PENGAMBILAN TANAH KAMPUNG SUNGAI BARU, PENDUDUK MAHUKAN KEADILAN

Next Post
ISU PENGAMBILAN TANAH KAMPUNG SUNGAI BARU, PENDUDUK MAHUKAN KEADILAN

ISU PENGAMBILAN TANAH KAMPUNG SUNGAI BARU, PENDUDUK MAHUKAN KEADILAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist