BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku satu insiden kejadian kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk milik TUDM pada 16 November 2021 lebih kurang jam 10.07 malam di kawasan Landasan Pangkalan Udara Butterworth.
Dalam kenyataan media melaporkan pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.
Semua pihak juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih.