SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PROTECTHEALTH, TERAJU JALIN KERJASAMA STRATEGIK UNTUK PROGRAM PEKA B40, BANTU GOLONGAN B40 YANG KURANG BERKEMAMPUAN DARI SEGI KESIHATAN

PROTECTHEALTH, TERAJU JALIN KERJASAMA STRATEGIK UNTUK PROGRAM PEKA B40, BANTU GOLONGAN B40 YANG KURANG BERKEMAMPUAN DARI SEGI KESIHATAN

Asraf Zin by Asraf Zin
March 23, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
56
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

23 Mac 2022: ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd (ProtectHealth) bersama TERAJU Bumiputera Corporation (TERAJU) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha mempromosikan kesedaran lebih tinggi mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr Anas Alam Faizli berkata, “Matlamat utama PeKa B40 adalah untuk pengesanan dan intervensi awal penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease -NCD) dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah.

“Melalui program PeKa B40, penerima yang layak boleh mendapat manfaat daripada pemeriksaan kesihatan percuma, bantuan alatan perubatan percuma, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangutan”, katanya.

Menurutnya, manfaat tersebut dilaksanakan setelah mengambil kira kos penjagaan kesihatan yang melambung tinggi pada masa kini sehingga menjejaskan kumpulan B40.

Dalam pada itu, Dato’ Dr Anas turut menyatakan kerjasama bersama TERAJU untuk membawa PeKa B40 dengan lebih dekat kepada masyarakat adalah menjadi fokus utama selain meluaskan akses program ini di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Md Silmi Abd Rahman menerusi kenyataan sama berkata, “Persefahaman yang dimeterai bersama ProtectHealth adalah satu contoh terbaik di mana sistem penyampaian Kerajaan dapat diperluaskan kepada semua lapisan melalui ekosistem TERAJU kepada komuniti B40 Bumiputera yang kurang berkemampuan”.

Menurutnya, program ini dianggarkan akan memanfaatkan lebih dari 400,000 Bumiputera di beberapa wilayah di Sabah.

Manakala di Sarawak pula, dianggarkan seramai 480,000 orang bakal mendapat manfaat menerusi program ini.

“TERAJU akan terus memberi penekanan terhadap inisiatif keselamatan sosial ke negeri-negeri lain, dan menjadikannya sebahagian dari program-program libat urus kami selaku agensi penyelaras utama di samping meningkatkan status ekonomi Bumiputera”, katanya.

Setakat kini, masih terdapat 5.9 juta rakyat Malaysia yang layak dan belum menyertai PeKa B40 setelah lebih 567,956 orang telah melakukannya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai PeKa B40 dan kelayakan melalui laman web www.PeKaB40.com.my.

ShareTweetPin
Previous Post

PRASARANA TINGKAT KEKERAPAN TREN DAN BAS MULAI 1 APRIL

Next Post

BAYARAN FASA 1 BKM SECARA BERPERINGKAT BERMULA 28 MAC 2022

Next Post

BAYARAN FASA 1 BKM SECARA BERPERINGKAT BERMULA 28 MAC 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist