SHAH ALAM: Bemula esok (1 Disember 2021) hingga 31 Januari 2022, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menetapkan untuk melarang sebarang aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Selangor.
Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Selangor (PNS), Datuk Ahmad Fadzil Abd. Majid berkata larangan tersebut ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan dalam kalangan pendaki pada musim tengkujuh ketika ini.
Dalam pada itu, menerusi notis yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JPNS, individu yang melanggar arahan tersebut akan diambil tindakan dibawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.