SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

AWESOME TV 2023 SCREENING – NOW YOU SEE ME!” BUKTIKAN AWESOME TV KEKAL MENJADI PILIHAN PENONTON.

Berjaya merekodkan sejumlah 2.6 bilion jumlah tontonan seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai ”Stesen TV Terbaik di Malaysia”

SWA TV by SWA TV
September 28, 2022
in Hiburan, Senitv.com
Reading Time: 3 mins read
A A
0
208
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

27 September 2022, Kuala Lumpur – Awesome TV, saluran televisyen swasta percuma (’free to air’) tanah air hari ini meraikan rakan-rakan niaga, wakil pengurusan dari syarikat swasta, Kementerian dan agensi serta barisan pemain industri diraikan dalam satu majlis gilang gemilang, ”Awesome TV 2023 Screening – NOW YOU SEE ME!”. Bersiaran buat pertama kalinya pada Ogos 2020 di platform Astro (saluran 123) dan MyTV (saluran 112), Awesome TV sehingga hari ini telah merekodkan pencapaian cemerlang apabila menerima lebih dari 2.6 bilion jumlah tontonan! Mengangkat empat genre kesukaan ramai iaitu sitcom, drama, filem dan program realiti, Awesome TV terus menjadi pilihan ramai dan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai ”Stesen TV Terbaik di Malaysia”.

Dalam pada itu, program berita terbitan Awesome TV, ’Berita 757’ yang dilancarkan pada 1 Februari lalu turut mencatatkan kejayaan yang membanggakan apabila merekodkan sejumlah 90 juta tontonan sehingga hari ini. Menggunakan slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’, ‘Berita 757’ yang bersiaran secara langsung pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7.57 malam kekal konsisten mengupas kandungan berita berkaitan isu-isu semasa dan sensitif yang dekat dengan masyarakat tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Diterajui oleh pemain veteran dalam industri kewartawanan negara, Dato’ Yushaimi Yahaya sebagai Ketua Editor Berita, ’Berita 757’ dikemudikan oleh lima personaliti berita yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot harian secara bergilir-gilir. Mereka adalah Justin Ang, Mosen Nadzli, Nadrah Mohd, Kamalia Jamaluddin dan Adriana Ghafar.

Johan Ishak, Pengarah Urusan Awesome TV berkata, ”Di luar sana, ramai yang membuat persepsi bahawa ’TV business’ dilihat seakan merundum dan platform digital dijadikan pilihan utama penonton untuk mendapatkan konten sama ada hiburan, berita mutakhir, informasi terkini dan banyak lagi. Namun begitu, statistik menunjukkan, sejak dari tiga tahun kebelakangan ini terutamanya ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, kenaikan sebanyak lebih 25 peratus jumlah tontonan merentasi platform linear atau televisyen dapat dilihat dengan ketara. Kenaikan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa ramai lagi penonton di luar sana memilih untuk menonton sajian kandungan terutamanya program-program hiburan seperti rancangan realiti, komedi, drama, filem-filem pecah panggung tempatan dan luar negara ataupun karya agung P Ramlee menerusi televisyen.

Justeru, peranan Awesome TV sebagai wadah utama pilihan rakyat Malaysia wajar diakui, dan kolaborasi bersama rakan-rakan niaga dan para pengiklan di luar sana sudah pasti mampu membentuk satu sinergi dan mewujudkan senario ’win-win situation’ di antara kedua-dua pihak. Dengan penyusunan sajian kandungan dan konten yang lebih menarik, unik dan menghiburkan sepanjang tahun hadapan, kami menjangkakan pertumbuhan positif terutamanya dari aspek pengiklanan buat keluarga Awesome TV.”

Untuk tahun 2023, Awesome TV menjangkakan lebih banyak produksi mega bakal direalisasikan seperti program realiti ”MIC ON Selebriti” yang mana akan menampilkan barisan artis (bukan penyanyi) mempersembahkan bakat mereka menyanyi dan akan dilatih oleh ’Managers’ yang terdiri daripada barisan selebriti. Dalam pada itu, ”Awesome Raja Lawak” yang kini sedang rancak bersiaran secara langsung di platform Awesome TV juga dijangka bakal menemupi peminat untuk musim yang kedua pada tahun hadapan. ’Memoria’, sebuah program ’game-show’ yang mencabar daya pemikiran dan fizikal peserta yang terdiri daripada barisan artis popular tanah air juga dijangka akan menemui peminat di musim kedua tahun hadapan.

Terdahulu, majlis penuh eksklusif ”Awesome TV 2023 Screening – NOW YOU SEE ME!” dihadiri hampir 400 tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan niaga, wakil pengurusan dari syarikat swasta, Kementerian dan agensi serta barisan pemain industri. Aturcara malam tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan persembahan rakan-rakan artis popular negara seperti kumpulan Ruffedge, De Fam dan Drama Band. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas dan Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zulfadzli.

Kerjasama baik rakan-rakan media untuk membantu kami mewar-warkan mengenai pengisian menarik yang bakal menanti penonton pada tahun hadapan di Awesome TV amatlah kami hargai. Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Erlina Zahidi (0122652617, erlina@myatv.my) atau Cik Chi di talian 0193419634, maizatul@myatv.my.

Sekian, terima kasih 😊

ShareTweetPin
Previous Post

Mommyhana hadiahkan Lamborghini RM1.5 juta kepada Siti Jamumall

Next Post

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SYRIA CARE DAN YAYASAN EZ PRIHATIN

Next Post
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SYRIA CARE DAN YAYASAN EZ PRIHATIN

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SYRIA CARE DAN YAYASAN EZ PRIHATIN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist