SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

GRADUAN INSTITUT KRAF NEGARA TERIMA DIPLOMA DAN SIJIL SENI KRAF SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-20

SWA TV by SWA TV
November 3, 2022
in Info@swatv, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
170
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG, 3 NOVEMBER 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Istiadat
Konvokesyen Institut Kraf Negara kali ke-20 bertempat di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara (IKN). Majlis gilang-gemilang ini merupakan pengiktirafan ke atas kejayaan para graduan menamatkan pengajian dalam bidang kraf. Istiadat Konvokesyen disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha, MOTAC. Pada Istiadat Konvokesyen ini, YBhg Datuk Hajah Saraya binti Arbi menyampaikan diploma dan sijil kepada 93 orang graduan. Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 46 orang graduan menerima Diploma Seni Kraf, 13 orang graduan Sijil Seni Kraf dan 23 orang penerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada enam jurusan seni kraf meliputi Seni Kraf Batik, Seni Kraf Tenunan, Seni Kraf Seramik, Seni Kraf Kayu, Seni Kraf Logam serta Seni Kraf Rotan.

Selain itu, seramai 11 orang graduan daripada Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam menerima Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja.IKN merupakan institusi yang menawarkan Program Diploma dan Sijil yang mendapat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bermula pada
tahun 2019, IKN mendapat perakuan sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan program Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) Tahap 3 meliputi 7 bidang iaitu, Juru Kraf Kanan Rotan, Operasi Pengeluaran Batik, Pengukiran Kayu, Penyelia Songket dan Dastar, Kraf Barang
Kemas, Pengeluaran Kraf Seramik dan Penyelia Tenunan Pua. Program ini mengguna pakai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National
Occupational Skills Standard (NOSS) sebagai panduan pembelajaran. Mulai tahun 2001 sehingga tahun 2021, IKN telah melahirkan seramai 2,810 orang
graduan terlatih dan berkemahiran tinggi. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,588 orang atau 57 peratus merupakan graduan peringkat diploma manakala 1,197 orang atau 43 peratus graduan peringkat sijil dan seramai 25 orang merupakan graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kadar kebolehpasaran graduan
IKN adalah cemerlang iaitu seramai 2,323 orang atau 83 peratus graduan berjaya meneruskan kerjaya dalam pelbagai bidang.

Antara nama besar yang dilahirkan oleh IKN adalah Encik Mohamed Khairul Fikrie bin Mohamed Noor, Pengasas Syarikat DS Gems & Jewellery, DS Group Empire
dan Ammar Jewels yang dianugerahkan sebagai Wira TVET Negara 2022 mewakili MOTAC. Penganugerahan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri semasa Majlis
Perasmian Minggu TVET Negara pada 20 Jun 2022 yang lalu. Beliau merupakan graduan IKN (Diploma) dalam Jurusan Seni Kraf Logam tahun 2008.
Sementara itu, Encik Amir Harith Kassim dari Syarikat Bujins L Batik Sdn. Bhd., graduan Jurusan Seni Kraf Batik tahun 2011 menerima anugerah sempena The 6 th International Craft Awards 2022 bagi kategori Lifetime Achivement for Contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion yang dianjurkan oleh Craft Village di New Delhi, India pada 22 Oktober 2022. Selain itu, beliau berjaya memenangi tempat pertama pertandingan Piala Seri Endon pada tahun 2012 dan 2016. Beliau turut menubuhkan Bujin Akademi sebagai tempat mempelajari seni kraf batik. Turut dilancarkan Jurnal Seni Kraf Jilid Pertama yang memuatkan artikel pelbagai bidang seni kraf oleh tenaga pengajar akademik IKN. Topik-topik yang dimuatkan dalam jurnal ini adalah menjurus kepada perkembangan teknik, bahan serta proses dalam menghasilkan karya seni kraf. Sempena Istiadat Konvokesyen ini, turut diadakan Pesta Konvokesyen yang
berlangsung mulai 3 hingga 5 November 2022, pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Ahli keluarga graduan dan orang ramai dijemput berkunjung ke Pesta Konvokesyen IKN yang menawarkan aktiviti menarik seperti Jualan Produk Kraf, Demonstrasi dan Interaktif Kraf, Pameran Produk Kraf Hasilan Pelajar serta Persembahan Kesenian.Hadir sama ialah Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC dan Puan `Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
-TAMAT.

ShareTweetPin
Previous Post

IV Russian Film Week – Hosted in Malaysia for the very first time

Next Post

KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2022

Next Post
KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2022

KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist